Cara Tebus Wang BKM Fasa 2 Secara Tunai Bagi Yang Tiada Akaun Bank

Cara Tebus Wang BKM Fasa 2 Secara Tunai Bagi Yang Tiada Akaun Bank

 Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah mula dibayar pada 27 Jun lepas. Walau bagaimanapun, pembayaran BKM Fasa 2 tersebut hanya dilaksanakan kepada penerima yang mempunyai akaun bank dan tidak gagal kredit.

TARIKH BAYARAN KEPADA PENERIMA TIADA AKAUN BANK ATAU GAGAL KREDIT

Melalui pengumuman tarikh bayaran BKM Fasa 2 oleh Perdana Menteri, beliau turut memaklumkan tarikh pembayaran kepada penerima tiada akaun bank.

Penerima boleh membuat penebusan bermula
  • 27 Jun
Sekiranya anda mempunyai akaun bank tetapi status gagal kredit, anda juga boleh membuat penebusan bermula 27 Jun ini.

CARA TEBUS BKM FASA 2

Sekiranya anda layak menerima BKM Fasa 2, anda boleh membuat penebusan melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan anda.

Anda hanya perlu membawa kad pengenalan pengesahan semakan oleh pihak bank untuk penerimaan BKM. 

Selain itu, anda turut boleh dapatkan Nombor Baucar/Siri melalui portal rasmi BKM.

KAEDAH BAYARAN

Berikut adalah kaedah bayaran untuk BKM 2022 :

1. Isi rumah, warga emas, bujang / tiada pasangan yang mempunyai akaun bank
  • akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing.
2. Manakala untuk penerima yang tiada akaun bank atau status gagal kredit

  • boleh buat penebusan tunai melalui cawangan BSN mulai 27 Jun

CARA SEMAKAN STATUS

Sekiranya anda masih tidak tahu cara untuk membuat semakan status permohonan BKM Fasa 1, berikut adalah caranya :
  1. Layari laman web BKM 2022 di carian anda bkm.hasil.gov.my
  2. Klik pada LOG MASUK BKM
  3. Seterusnya, masukkan pula Nombor Kad Pengenalan dam Kata Laluan anda
  4. Sila klik SEMAKAN STATUS untuk membuat semakan status pada paparan berikutnya
  5. Status semakan anda dipaparkan

JANGKAAN BAYARAN MENGIKUT BANK

Berikut adalah jangkaan jadual pembayaran BKM Fasa 2 mengikut bank-bank para penerima BKM :
  1. Bank Simpanan Nasional (BSN) – Bayaran bermula 27 Jun secara berperingkat
  2. Affin Bank – Bermula 28 Jun 
  3. RHB Bank – Bermula 28 Jun
  4. Bank Islam – Pembayaran berperingkat bermula 28 Jun
  5. Maybank – Pembayaran bermula 28 Jun
  6. Bank Rakyat – Pembayaran bermula 28 Jun ini
  7. Am Bank – Dijangkakan pada 28 Jun
  8. Bank Muamalat – 28 Jun
  9. CIMB Bank – 28 Jun  secara berperingkat

Leave a Comment