INFO WANG TIDAK DITUNTUT
Menurut Seksyen 13(1) Akta WTD 1965, sekiranya anda layak dan pegawai bahagian WTD atau Wang Tidak Dituntut berpuas hati dan mendapati anda layak ke atas WTD, anda boleh membuat permohonan dan menerima WTD
Individu dan juga organisasi layak untuk membuat permohonan tertakluk kepada syarat dan kelayakan yang ditetapkan.
CARA MEMBUAT SEMAKAN & PERMOHONAN
1. Layari portal rasmi https://egumis.anm.gov.my/
2. Kepada yang pertama kali memohon, anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu dengan klik pada pautan ‘sign-in’ dan isi segala maklumat yang diperlukan.
3. Kemudian, log masuk semula dan isi segala maklumat yang diminta.
4. Seterusnya, klik pada bahagian link Wang Tidak Dituntut dan isikan nombor kad pengenalan anda. Sehubungan dengan itu, anda juga boleh menyemak kelayakan pasangan anda.
5. Maksimum untuk semakan adalah dua nombor kad pengenalan sahaja.
INFO LANJUT
Sila layari https://egumis.anm.gov.my/