Gaji Minimum RM1,500 Sebulan Dilaksanakan Pada Tahun Ini

 

Pekerja di Malaysia dijangka akan menikmati penetapan kadar gaji menimum yang baharu pada nilai sekitar RM 1,500  sebulan sebelum penghujung tahun ini.

KADAR GAJI BAHARU 

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, walaupun nilai sebenar kadar baharu itu belum dimuktamadkan, beliau positif perkara itu boleh direalisasikan selepas dapat persetujuan daripada jemaah menteri.

Katanya, secara peribadi beliau merasakan kadar gaji minimum baharu itu perlu diselesaikan secepat mungkin selain perlu dinaikkan.

Walaubagaimanapun, ia bergantung keapda keputusan para menteri.

PERLU PERSETUJUAN JEMAAH MENTERI

Menurut beliau, kajian yang dilakukan juga sudah selesai. Kita sudah ada angka gaji minimum untuk dibawa sebagai cadangan dan akan diumumkan selepas dipersetujui oleh Jemaah Menteri.

“Secara peribadi juga saya menrasakan, gaji mnimum sedia ada perlu dinaikkan walaupun ada pekerja swasta diberikan kadar lebih tinggi dari paras itu tetapi dalam kerajaan masih ada.

“Saya tidak boleh nyatakan lagi kadar gaji minimum yang dicadangkan Kementerian Sumber Manusia tetapi ia berada di paras sekitar RM 1,500 ke bawah, ” kata beliau menerusi laporan Berita Harian Online.

LEWAT KENAIKKAN GAJI MINIMUM

Mengulas usaha menetapkan gaji baharu itu, Saravanan turut mengakui bahawa Malaysia terlambat memutuskan perkara itu dan kementerian berusaha supaya ia direalisasikan menjelang akhir tahun 2022 ini.

“Kita agak terlewat dalam perkara ini, namun kementerian sudah menyelesaikan kajian mengenai gaji baharu itu dan akan mengemukakan cadangan mengikut perundangan bagi menaikkan gaji minimum dari RM 1,200 dan semua kini bergantung kepada para menteri,” jelas beliau.

Beliau menambah, walaupun kerajaan tidak menaikkan kadar gaji minimum selama beberapa tahun, terdapat majikan khususnya swasta mengambil inisiatif memberikan dengan kadar lebih tinggi.

Leave a Comment