GKP 2.0: Tarikh Duit Rayuan GKP Masuk

 

Untuk pengetahuan anda, bermula 2 Februari 2021, terdapat maklumat mengenai semakan status permohonan rayuan bagi Geran Khas Prihatin 2.0 (GKP). Berdasarkan maklumat ini, ramai orang telah melakukan semakan, ada yang statusnya lulus, ada yang gagal.

Keputusan Rayuan GKP 2.0 dan pembayaran semula termasuk bagi status Gagal Kredit GKP 2.0 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

TARIKH BAGI SEMAKAN RAYUAN GKP 2.0
Berdasarkan perkongsian dari Tengku Zafrul, proses semakan permohonan baharu dan rayuan bagi GKP 2.0 di bawah KITA PRIHATIN sedang dalam proses semak silang antara Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Keputusan bagi permohonan akan diumumkan dalam masa terdekat, dan menjangkakan tarikh pembayaran bagi rayuan GKP 2.0 akan dibuat pada bulan Mac.

Kerajaan juga ada mengumumkan GKP Tambahan PERMAI: Bantuan Tambahan RM1,000 dan RM500 Buat Peniaga Seluruh Malaysia.


SEMAKAN STATUS RAYUAN GKP 2.0

Berikut adalah cara membuat semakan status rayuan GKP2.0👇

1. Layari portal rasmi https://gkp.hasil.gov.my/


2. Masukkan nombor kad pengenalan anda pada ruangan yang disediakan
3. Klik SEMAK
4. Dipaparkan maklumat berikut👇

  • Nama
  • No MyKAd
  • Status Permohonan
  • Alasan Tidak Lulus Permohonan
  • Alasan
  • Status Rayuan
SEMAKAN STATUS BAYARAN BAGI KATEGORI LULUS RAYUAN GKP 2.0

Berikut adalah cara untuk buat semakan status bayaran bagi kategori lulus rayuan GKP 2.0👇

1. Layari portal rasmi https://gkp.hasil.gov.my/
2. Masukkan nombor kad pengenalan 
3. Klik SEMAK
4. Akan dipaparkan maklumat seperti berikut👇
  • Nama 
  • No MyKad
  • Status Rayuan (LULUS)
  • Maklumat Bayaran GKP (Berjaya Kredit/ Gagal Kredit)
  • Tarikh Bayaran Dipaparkan
CONTOH STATUS RAYUAN GKP 2.0

Maksud Tidak Lulus Rayuan GKP 2.0
  • Maksud TIDAK LULUS RAYUAN adalah status permohonan rayuan GKP 2.0 anda gagal.
Maksud Rayuan GKP 2.0 Diproses
  • Maksud RAYUAN DIPROSES adalah status permohonan rayuan GKP 2.0 anda sedang diproses dan disemak silang.

Leave a Comment