Join Telegram Info Bantuan Kerajaan & Kerjaya: https://t.me/portalsemakan
Syarat Kelayakan Baharu
Antara syarat kelayakan baharu adalah:
- Ahli KWSP (termasuk Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara)
- Berumur di bawah 55 tahun.
- Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM150.
Ini bermakna, sesiapa sahaja yang mempunyai akaun KWSP boleh membuat pengeluaran wang tunai dari Akaun 1 mereka.
Amaun Kelayakan i-Sinar
Amaun kelayakan i-Sinar adalah berdasarkan baki simpanan Akaun 1 ahli seperti berikut:
Apakah Perkara Penting Yang Perlu Saya Lakukan Sebelum Memohon i-Sinar?
1. Bagi melancarkan urusan permohonan anda nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kiosk KWSP dan mengemaskini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.
2. Pastikan akaun bank yang diberikan kepada pihak KWSP semasa pendaftaran:
- Masih aktif.
- Milik anda.
- Bukan akaun bersama.
- Bukan akaun syarikat.
Panduan Permohonan Baharu i-Sinar
- Layari portal i-Sinar KWSP dan klik pada ‘Permohonan Baharu’.
- Isikan nombor MyKad / MyPR dan nombor telefon terkini.
- Klik ‘Teruskan’.
- Jawab Soalan Keselamatan untuk pengesahan; atau
- Isikan Nombor OTP yang diterima melalui sms dan tekan Sahkan OTP.
- Tetapkan Amaun Pilihan.
- Tetapkan Bayaran Bulan Pertama dan tekan Teruskan.
- Lengkapkan Maklumat Pemohon yang wajib diisi.
- Lengkapkan Maklumat Pembayaran dan tekan Teruskan.
- Semak semua maklumat dan tandakan setuju sebelum tekan butang Hantar.
- Permohonan anda diterima dan akan diproses.
Carta Alir Permohonan Baharu i-Sinar
Tarikh Akhir Permohonan i-Sinar Tanpa Syarat Baharu
- Tarikh akhir permohonan adalah pada 30 Jun 2021.
- Bayaran interim tidak lagi dibayar kerana permohonan akan diproses dengan segera.
- Tidak perlu, berdasarkan penambahbaikan i-Sinar tanpa kriteria, permohonan akan diproses berdasarkan kelayakan seperti di Soalan 3.
- Tidak. Kriteria pengurangan pendapatan tidak lagi terpakai untuk permohonan i-Sinar tanpa kriteria ini.
- Tidak. Anda tidak perlu membuat permohonan semula kerana permohonan tersebut akan diproses berdasarkan kelayakan di Soalan 3.
- Tidak. Anda tidak lagi perlu untuk mengemukakan dokumen sokongan kerana permohonan tersebut akan diproses berdasarkan kelayakan di Soalan 3.