BANTUAN MANGSA BANJIR RM500
Seperti yang kita tahu,pada setiap hujung tahun negeri yang berada di pantai timur sering dilanda banjir. Sehubungan dengan itu,Jabatan Kebajikan Pembangunan Wanita,Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu akan menghulurkan Bantuan Kecemasan Mangsa Banjir ini kepada semua ketua isi rumah yang terjejas akibat banjir.
Bagi rakyat Terengganu yang menjadi mangsa banjir,anda akan menerima bantuan kecemasan mangsa banjir sebanyak RM500 untuk satu keluarga.
Join Telegram Rasmi Info Semakan & Permohonan : t.me/epermohonan
CARA PERMOHONAN BANTUAN KECEMASAN BANJIR
Bagi bantuan ini,mangsa banjir tidak perlu memohon kerana data akan diambil daripada kerajaan negeri Terengganu.
Mangsa yang sudah berdaftar dan berpindah ke pusat pemindahan sementara adalah layak untuk bantuan ini.
Semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Kekal selamat!