Info i-Sinar KWSP: Bayaran Pertama Bermula Pada 11 Januari 2021

 

Untuk pengetahuan anda semua pada 21 Disember 2020 yang lalu,permohonan pengeluaran wang dari akaun 1 KWSP melalui program i-Sinar telah dibuka. Semua permohonan yang dibuat oleh ahli KWSP sama ada secara fizikal mahupun digital telah berjalan lancar.


Baca Juga: Perhatian! Pencarum KWSP Diingatkan Berhati-hati Dengan 4 Aplikasi Ini


Menurut Menteri Kewangan Malaysia,Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz,kepada mereka yang benar-benar layak, maklumat telah siap di dalam pangkalan data KWSP. Sistem ini sekali gus memberi kelulusan secara automatik kepada mereka.


Kami dari Utusan Kerjaya faham,pasti ramai di kalangan anda sudah tidak sabar untuk ketahui tarikh pembayaran pertama i-Sinar KWSP bukan? Berikut kami kongsikan info tarikh bayaran pertama i-Sinar KWSP di bawah.


KETAHUI TARIKH BAYARAN PERTAMA i-SINAR KWSP

Menurut Menteri Kewangan Malaysia,Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz,tarikh bagi bayaran pertama i-Sinar KWSP adalah seperti yang dinyatakan dibawah:
  • Tarikh Bayaran Pertama i-Sinar : 11 Januari 2021

Sehubungan dengan itu, pemohon hendaklah membuat semakan kelulusan permohonan terlebih dahulu pada 4 Januari 2021 bagi yang telah memohon.


JADUAL BAYARAN i-SINAR KWSP

Di samping itu,pembayaran pertama dan ansuran i-Sinar bagi permohonan yang diluluskan adalah berdasarkan jumlah pengeluaran yang dimohon. Anda boleh menyemak jadual pembayaran i-Sinar KWSP di pautan berikut:
  • JADUAL PEMBAYARAN i-SINAR KWSP : klik DISINI

Bagi pemohon yang masih belum membuat permohonan i-Sinar dan berhasrat untuk mohon, anda tidak perlu tergesa-gesa kerana permohonan i-Sinar adalah dibuka selama 6 bulan iaitu sehingga Jun 2021.

Janganlah terlalu kelam kabut sehingga membuat kesilapan semasa permohonan i-Sinar KWSP yang telah ramai lakukan kerana tiada pindaan atau pembatalan boleh dilakukan bagi permohonan yang telah dihantar.


Jika anda masih belum membuat permohonan pengeluaran akaun 1 i-Sinar KWSP,klik DISINI

Sekiranya anda ingin dapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan pengeluaran i-Sinar, anda boleh terus hubungi talian 03 8922 4848 pada jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja.

Leave a Comment