Info KWSP : Cara Membuat Semakan Status Permohonan i-Sinar KWSP ~ Semak Segera!

 

Perkara yang dinanti-nantikan telah pun tiba,kini anda boleh membuat semakan status mengenai permohonan pengeluaran i-Sinar KWSP yang telah dibuat 21 Disember 2020 tahun lalu.


Untuk makluman anda semua,pengkreditan pertama akan bermula pada 11 Januari 2021 yang jatuh pada hari Isnin. Amaun berikut akan dikreditkan secara berkala sehingga 6 bulan bermula pada tarikh pengkreditan.


SEMAKAN STATUS PEMOHONAN i-SINAR KWSP ONLINE LULUS ATAU GAGAL

Kami dari Utusan Kerjaya akan mengkongsikan maklumat berkaitan cara semakan status kelulusan i-Sinar KWSP termasuk syarat kelayakan,tarikh bayaran serta jumlah pengeluaran.


TARIKH SEMAKAN STATUS i-SINAR KWSP

Tarikh semakan status permohonan i-Sinar adalah pada 4 Januari 2020 (Isnin). Menurut info yang diterima,bagi yang sudah mempunyai i-Akaun,anda boleh membuat semakan status mulai 1 Januari 2021 melalui laman web i-Akaun KWSP.

CARA SEMAKAN STATUS PERMOHONAN i-SINAR KWSP SECARA ONLINE
  1. Layari portal rasmi i-Sinar KWSP iaitu https://isinar.kwsp.gov.my/
  2. Sila pergi ke bahagian semak status dan tekan butang “SEMAK STATUS”
  3. Akan dipaparkan kepada anda sama ada status anda “LULUS” atau “GAGAL”
CARA SEMAKAN STATUS PERMOHONAN i-SINAR KWSP MELALUI PORTAL i-AKAUN
  1. Kepada ahli yang sudah mempunyai i-Akaun boleh semak status permohonani-Sinar KWSP secara online menerusi laman web https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Log masuk pada i-Akaun KWSP
  3. Selepas itu,klik pada butang peti mesej atau “inbox’
  4. Akan dipaparkan ke skrin anda status permohonan anda sama ada lulus atau proses permohonan.

TARIKH BAYARAN i-SINAR KWSP
  • Tarikh pembayaran dijangka akan dikreditkan secara berperingkat mulai 11 Januari 2021

Leave a Comment