Info KWSP : Permohonan Kategori 2 i-Sinar KWSP Dibuka Hari Ini. Ketahui Dokumen Sokongan Yang Diperlukan ~ Mohon Segera

 

Untuk makluman anda,setelah permohonan bagi kategori 1 i-Sinar KWSP telah dibuka pada 21 Disember 2020 lalu. Yang terkini,semua para pencarum sedang menanti permohonan bagi kategori 2.


PERINCIAN BAGI KATEGORI 2

Untuk pengetahuan anda,ianya terbuka kepada ahli yang masih lagi bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan (gaji bersih) sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas bulan Mac 2020)

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan serta
  • Notis berhenti atau pemotongan elaun / tuntutan kerja lebih masa.
  • Penyata bank juga boleh diberikan
TARIKH PERMOHONAN
  • Permohonan bagi kategori 2 akan dibuka pada 11 Januari 2021
  • Tarikh tutup permohonan belum dinyatakan lagi buat masa sekarang
CARA PERMOHONAN
  1. Pemohon hanya perlu memuat naik dokumen sokongan secara online bermula pada 11 Januari 2021 melalui laman web rasmi i-Sinar KWSP – klik DISINI
  2. Pemohon mestilah mengambil gambar melalui telefon bimbit sahaja pun boleh namun sila pastikan bahawa gambar tersebut terang dan senang dibaca.
  3. Sila letakkan posisi kamera anda berada betul-betul di atas dokumen hendak imbas.
  4. Pastikan anda mengambil gambar di tempat yang terang ataupun menggunakan flash jika perlu untuk memastikan gambar yang anda ambil adalah jelas.

SENARAI CONTOH KRITERIA PEMOHON BAGI KATEGORI 2

Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) telah pun mengeluarkan senarai contoh kriteria kelayakan beserta dokumen sokongan yang perlu anda sediakan. Anda boleh rujuk di bawah👇

1. Pengawal Keselamatan
  • Gaji pokok berkurang
  • Elaun dipotong

2. Promoter

  • Gaji pokok/bersih telah dipotong
  • Elaun/komisen terjejas

3. Pensyarah Kolej Swasta

  • Gaji bersih tiada pengurangan
  • Elaun sara hidup dipotong

4. Kerani kilang

  • Gaji pokok dipotong,contohnya sebanyak 10%
  • Pendapatan sampingan berkurangan seperti 20%

KAEDAH BAYARAN

  1. Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dilakukan bermula pada pertengahan Januari 2021.
  2. Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada para pencarum dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dilakukan. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya selepas keluusan diberi.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman web rasmi KWSP atau hubungi di talian 03-8922 4848.




Leave a Comment