Info PeKa B40: Bantuan Kesihatan & Perubatan Sehingga RM20,000 (2021) ~ Semak Kelayakan Anda

 

Untuk pengetahuan anda semua,PeKa B40 masih lagi beroperasi seperti biasa untuk tahun 2021.


Tahukah anda,pada tahun 2019 dan awal tahun 2020,pasukan PeKa B40 telah mengadakan program saringan kesihatan PERCUMA di pelbagai tempat setiap minggu.

Namun pada tahun 2020,pasukan PeKa terhalang dari melakukan program saringan percuma akibat pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Kepada anda yang baru sahaja tahu mengenai skim ini,kami dari Utusan Kerjaya akan kongsikan lebih mendalam mengenai PeKa B40 sertai manfaat yang boleh diperoleh darinya.

Join Telegram Rasmi Info Semakan & Permohonan : t.me/epermohonan

APA SEBENARNYA PEKA B40 NI?

Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKaB40) adalah satu inisiatif kerajaan melalui Kemeterian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah dengan memberi fokus terhadap penyakit yang tidak berjangkit.

Berikut merupakan mengapa skim PeKa B40 wujud:

1. Beban Penyakit Tidak Berjangkit
  • Sebanyak 47.6% kumpulan B40 yang berumur 40 tahun dan ke atas menghidapi satu penyakit tidak berjangkit yang belum didiagnosis.
2. Megalami Kesihatan Mental
  • 3 daripada 10 orang dewasa mengalami derita kesihatan mental. Kumpulan B40 telah mencatat kadar yang lebih tinggi iaitu 32% berbanding 28% bagi kumpulan bukan B40.
3. Beban Penyakit Kanser
  • Seperti yang kita tahu,kes kanser semakin meningkat. Yang lebih membingkan lagi apabila sebanyak 60% dikesan pada peringkat awal,di mana peluang untuk sembuh lebih rendah.
4. Rawatan Kanser
  • Ramai pesakit tidak melengkapkan rawatan kanser dan kembali ke hospital apabila keadaan sudah tenat. Ini menipiskan lagi peluang sembuh dan meningkatkan kos rawatan.
5. Kos Alat Perubatan
  • Walaupun rawatan di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diberi subsidi yang tinggi daripada Kerajaan, sebahagian kos alat perubatan masih perlu ditanggung oleh pesakit seperti kos untuk perentak jantung, implan untuk tulang belakang, dan sebagainya. Ini akan menambah beban kewangan kepada mereka yang kurang berkemampuan.
6. Masalah Pengangkutan
  • Ramai pesakit yang kurang berkemampuan, terutamanya di kawasan luar bandar, tidak meneruskan rawatan akibat kekangan kewangan untuk membayar tambang pengangkutan.
SYARAT KELAYAKAN SKIM PEKA B40

Rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah,yang dikenali sebagai B40 layak memohon skim ini.

Skim ini adalah percuma kepada mereka yang layak.

Kelayakan adalah seperti kriteria berikut:
  • Merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangannya yang berdaftar.
  • Berumur 40 tahun ke atas.
  • Penyertaan adalah automatik dan tidak perlu berdaftar.
Bagi anda yang ingin menyemak kelayakan secara online,layari https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan

MANFAAT SKIM PEKA B40

Antara manfaat yang bakal diterima adalah :
  • Saringan Kesihatan
  • Bantuan Alat Perubatan 
  • Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser
  • Insentif Tambang Pengangkutan

1. Saringan Kesihatan Percuma

Saringan kesihatan boleh dilakukan di mana-mana klinik swasta yang berdaftar bersama skim ini dan mempunyai pelekat di pintu klinik.

Senarai klinik terlibat boleh dirujuk disini.

Jenis saringan kesihatan yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

👉 Pemeriksaan Kesihatan
  • Pengambilan sejarah kesihatan dan penyakit individu dan keluarga termasuk risiko kesihatan
  • Saringan kesihatan mental
  • Pemeriksaan fizikal
  • Pemeriksaan klinikal payudara untuk penerima wanita dan pemeriksaan klinik prostat untuk penerima lelaki yang berisiko
👉 Pemeriksaan Makmal
  • Ujian paras kolestrol
  • Ujian sel darah
  • Ujian kawalan gula dalam darah

NOTA: Kos rawatan,ubat dan pembedahan tidak termasuk dalam manfaat PeKa B40 kerana ianya telah disubsidi untuk semua perkhidmatan tersebut di hospital KKM.


2. Bantuan Peralatan Perubatan (Maksimum RM20,000)


Manfaat ini melibatkan bantuan peralatan yang diperlukan dalam prosedur rawatan dan tidak diberikan subsidi kos alat-alat di hospital KKM.

Manfaat kedua ini merangkumi pelbagai alat-alat perubatan di dalam kategori berikut:
  1. Stent untuk jantung
  2. Alat sendi
  3. Alat bantuan pendengaran
  4. Perentak jantung
  5. Prostesis dan implan untuk tulang belakang
  6. Prostesis dan ortosis tulang anggota
  7. Kanta mata intraokular
  8. Alat terapi pernafasan dan oksigen concentrator
  9. Bantuan sokongan nutrisi 
  10. Kerusi roda
3. Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser
  • RM1,000 dibayar kepada pesakit kanser yang melengkapkan rawatan di hospital KKM.
  • Saringan Kesihatan perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum penerima PeKa B40 menjalani rawatan ini.
  • Insentif dipecahkan kepada 2 kali bayaran bergantung kepada peringkat rawatan.
  • Pembayaran insentif adalah secara terus kepada penerima PeKa B40 yang layak melalui akaun bank yang telah pun didaftarkan.
  • Permohonan dan perakuan kelayakan Manfaat 3 perlu dilakukan oleh doktor atau pakar perubatan KKM bagi pihak pesakit yang penerima PeKa B40.

4. Insentif Tambang Pengangkutan


 
Manfaat ini bertujuan bagi meringkan beban membayar kos pengangkutan apabila penerima mendapatkan rawatan di hospital KKM. Ianya tidak bertujuan untuk merangkumi keseluruhan kos perjalanan.


Penerima Manfaat 2 (Bantuan Alat Perubatan) atau/ dan Manfaat 3 (Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser) sahaja akan mendapat manfaat tambang pengangkutan ini.


Had maksimum bantuan yang boleh diterima:
  • RM500 untuk Semenanjung Malaysia
  • RM1,000 untuk Sabah/Sarawak/Labuan

👉 Jumlah insentif tambang yang akan diberikan adalah tertakluk kepada jarak antara hospital dan rumah penerima dan pada kadar yang telah ditetapkan.
👉 Permohonan dan perakuan kelayakan Manfaat 4 perlu dibuat oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan atau pegawai perubatan yang merawat.
👉 Pembayaran insentif PeKa B40 ini adalah secara terus kepada penerima melalui akaun bank yang telah pun didaftarkan.


MAKLUMAT LANJUT

Untuk info lanjut mengenai tentang Skim Peduli Kesihatan B40 ini,anda boleh rujuk media sosial rasmi mereka PeKa B40 di Facebook serta Twittwer.

Sumber.harianpost.my

Leave a Comment