Ini Adalah Senarai Bantuan Kerajaan Yang Masih Ada Untuk 2022

 

SENARAI BANTUAN KERAJAAN YANG MASIH ADA BAGI TAHUN 2022

Pelbagai bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia kepada rakyat Malaysia untuk meringankan beban rakyat tatkala kos sara hidup yang kian meningkat. 

Perkara tersebut adalah perkara yang sangat dititikberatkan oleh pihak kerajaan persekutan dan negeri di bawah pembentangan Bajet 2022 lalu.

Sebenarnya bermula awal 2022 pelbagai bantuan daripada pihak persekutuan atau negeri telah dibuka dan disalurkan.

SENARAI BANTUAN KERAJAAN 2022

Berikut adalah senarai bantuan-bantuan daripada pihak kerajaan setakat ini

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) 2022

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah sebuah bantuan kewangan yang bersasar di bawah Bajet 2022 yang diberikan kepada mereka yang layak.
Pembayaran BKM ini adalah dalam 4 peringkat iaitu pada bulan Mac, Jun, September dan Disember. Manakala, jumlah maksimum bantuan adalah RM 2,500 termasuk dengan bantuan tambahan RM 500.
Untuk pengetahuan anda, permohonan rayuan sudah dibuka sehingga 2 Jun ini kepada pemohon yang tidak lulus tempoh hari.
Seterusnya, penerima BKM sedang menunggu untuk pembayaran fasa 3 yang dijadualkan pada Disember ini.

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)

Bantuan Musim Tengkujuh atau BMT adalah bantuan yang akan diberikan setiap tahun untuk memberikan kelegaan kepada pekebun kecil yang akan menghadapi cuaca musim tengkujuh.
Permohonan untuk bantuan ini sudah dibuka sehingga 15 September. Manakala, jumlah pembayaran bantuan adalah RM 600 dan akan dibayar dalam 2 peringkat iaitu November dan Disember. Setiap peringkat dibayar RM 300.
Kepada pekebun-pekebun kecil yang terlepas permohonan, rayuan boleh dibuat bermula 16 September ini hingga 31 Oktober depan.

BANTUAN PERANTI PERCUMA

Melalui Bajet 2022, pihak kerajaan telah bersetuju untuk memperkenalkan program Peranti Siswa 2022 yang merupakan bantuan tablet percuma kepada para mahasiswa daripada golongan B40.
Syarat kelayakan adalah isi rumah pelajar berkenaan berpendapatan RM 4,850 dan ke bawah serta sedang mengikuti pengajian Diploma atau Diploma Lanjut atau Ijazah Sarjana Muda.
Permohonan telah ditutup pada 30 September lalu. Manakala semakan status boleh dibuat dari masa ke masa.

Leave a Comment