Inisiatif Cerdik: 150,000 Pelajar Sekolah Bakal Menerima Bantuan Laptop & Tablet Mulai Februari Ini

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, semua sekolah diarah tutup bagi mengurangkan penularan wabak Covid-19 merebak di kalangan pelajar-pelajar terutama di sekolah. 


Sejak daripada itu, semua guru sekolah di Malaysia telah mempraktikkan pembelajaran secara atas talian atau e-pembelajaran menerusi telefon bimbit mahupun komputer riba. 

Untuk Info Berkaitan Bantuan Kerajaan, Join Telegram Info Semakan & Permohonan: t.me/epermohonan

Ketika pembentangan Belanjawan 2021, kerajaan telah memperkenalkan satu inisiatif seperti kemudahan komputer riba, tablet serta data internet secara percuma bagi meringankan beban pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah bagi membiasakan diri dengan norma baharu untuk meneruskan pembelajaran di atas talian.

Rujuk Panduan Lengkap Cara Permohonan & Semakan Status Telefon Pintar Percuma Untuk Golongan B40


Kemudahan tersebut disediakan menerusi Inisiatif Cerdik yang dikendalikan oleh Yayasan Hasanah dengan kerjasama Kementerian Pendidkan Malaysia (KPM) bertujuan untuk membantu keluarga berpendapatan rendah (B40).

Kami dari Utusan Kerjaya akan mengkongsikan maklumat lanjut berkaitan bantuan komputer riba secara percuma.

150,000 MURID BAKAL TERIMA KOMPUTER RIBA PERCUMA

Pemberian komputer riba percuma adalah melibatkan:
  • 150,000 murid di 500 buah sekolah
Kemudahan ini merupakan sebagai projek rintis bagi mengurangkan beban masalah pembelajaran secara atas talian.

Sehubungan dengan itu, kerajaan telah pun mengumumkan 13 Syarikat Milik Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Milik Kerajaan (GLIC) akan menyumbangkan sebanyak 150 juta ke dalam Tabung Cerdik bagi pemberian komputer riba kepada 150,000 murid sekolah.


TARIKH BAGI PEMBERIAN KOMPUTER RIBA PERCUMA

Bantuan Komputer Riba Percuma Serta Pelan Data Internet Kepada Golongan B40

Yayasan Hasanah dengan kerjasama rapat KPM dalam memastikan kemampanan pelaksanaannya telah memutuskan akan mengagihkan peranti ini bermula:
  • Peringkat Utama: Februari 2021 sehingga selesai
Pihak mereka sedang bertungkus lumus dengan semua pihak bagi mempercepatkan kadar pengedaran. Usaha itu akan dapat membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah untuk membiasakan diri dengan norma baharu bagi pembelajaran atas talian, e-pembelajaran dan pengajaran di luar kelas.

TATACARA MEMBUAT PERMOHONAN INISIATIF CERDIK

Untuk makluman anda, bantuan tablet atau laptop akan diberikan melalui kaedah berikut
  • Melalui kohort terpilih di sekolah-sekolah terpilih oleh Kementerian Pendidkan Malaysia (KPM), dan bukannya melalui proses pemohonan.
  • Murid yang layak serta ibu bapa mereka akan dimaklumkan sebelum tarikh pengagihan.
CARA PEMILIHAN SEKOLAH & MURID UNTUK MENERIMA BANTUAN INISIATIF CERDIK
Terdapat 2 kaedah untuk pemilihan penerima bantuan Inisiatif Cerdik iaitu:

Sekolah
  • Pemilihan sekolah oleh Kementerian Pendidkan Malaysia (KPM) adalah berdasarkan pendapatan isi rumah dan tahap akademik murid.
  • Sekolah-sekolah tersebut haruslah berada dalam kawasan yang mempunyai capaian internet sedia ada, serta berada dalam lingkupan jarak yang wajar antara satu sama lain bagi memudahkan pelaksanaan program dan penyaluran khidmat sokongan.
Murid
  • Murid yang berkelayakan adalah mereka yang terpinggir dari kohort terpilih oleh KPM (B40, ibu bapa tunggal, berkeperluan khas, Orang Asli), dari isi rumah dengan pendapatan < RM4,849 / bulan, dan tidak mempunyai akses pembelajaran atas talian pada masa ini.
MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi Yayasan Hasanah melalui

Leave a Comment