Jadual Bayaran STR Fasa 2 Mengikut Bank – BSN, Maybank, CIMB, Bank Islam

Pelbagai bantuan kerajaan telah dilancarkan oleh pihak kerajaan termasuklah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023.

Untuk tahun 2023, bayaran STR Fasa 1 dikreditkan pada bulan Januari manakala Fasa 2 pada April ini.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan sebuah bantuan kerajaan yang dilaksanakan pada tahun ini. Ia merupakan sebuah bantuan kewangan yang dibayar dalam empat fasa kepada rakyat.

Manakala jumlah maksimum bantuan adalah RM 2,500 dan bantuan tambahan iaitu bantuan makanan berjumlah RM 600 bagi kategori yang layak sahaja.

PEMBAYARAN STR FASA 2 BERMULA

Secara rasminya, pembayaran STR Fasa 2 telah dikreditkan bermula 5 April 2023 kepada setiap penerima.

Untuk pembayaran kali ini, semua kategori penerima bakal dibayar termasuklah isi rumah, warga emas dan bujang atau tiada pasangan.

Pembayaran dilakukan secara berperingkat ke akaun bank penerima yang layak.

JADUAL BAYARAN MENGIKUT BANK

Setiap bank mempunyai jadual bayaran yang berbeza untuk STR Fasa 2, berikut adalah jadual bayaran STR Fasa 2 mengikut bank.

1. BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)

  • Mula dikreditkan pada 3 April 2023 sehingga hari ini secara berperingkat
  • Dijangkakan akan selesai awal berbanding bank lain

2. MAYBANK

  • Pembayaran bermula pada 4 April 2023 sehingga hari ini
  • Pembayaran secara berperingkat kepada setiap rakyat yang layak

3. CIMB BANK

  • Pembayaran turut bermula pada 4 April hingga ke hari ini
  • Pembayaran dijangka selesai dalam beberapa hari lagi

4. BANK ISLAM

  • Pembayaran rasmi bermula 5 April 2023 sehingga hari ini

5. BANK-BANK LAIN

  • Pembayaran akan dikreditkan secara berperingkat kepada anda
  • Ada yang terima awal dan ada yang sedikit lewat tetapi pembayaran pasti selesai sebelum hari raya

JUMLAH BAYARAN

Bagi STR Fasa 2 ini, pembayaran maksimum berjumlah RM 200 manakala minimum RM 100 sahaja.

Bayaran RM 200 diberikan kepada

  • Isi Rumah B40 – 0 hingga 5 orang anak ke atas
  • Isi Rumah M40 – 0 hingga 5 orang anak ke atas
  • Kedua-dua kategori di atas terima jumlah bayaran yang sama

Bayaran RM 100 pula diberikan kepada

  • Warga emas
  • Bujang dan Bujang OKU

PENEBUSAN TUNAI DI BSN

Sekiranya anda tidak memiliki kad bank, anda boleh membuat penebusan dan terima bayaran melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan anda.

Anda perlu hadir bersama Kad Pengenalan sahaja dan serahkan kepada pegawai bank yang bertugas.

Leave a Comment