Jumlah Bayaran Bantuan STR Fasa 2 Mengikut Kelayakan. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan sebuah bantuan kerajaan yang diberikan dalam 4 kali pembayaran bagi tempoh setahun.
Kerajaan telah menaikkan bayaran STR Fasa 1 (2024) sehingga RM500 kepada isi rumah berbanding RM300 pada Fasa 1 tahun lalu.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kembali diteruskan bagi tahun kedua dengan penambahan bantuan asas berjumlah RM600.
Bantuan STR ini akan memfokuskan setiap isi rumah, bujang atau individu yang tiada pasangan yang berada dalam kategori miskin tegar, B40 dan M40.
STR FASA 2 DIBAYAR SEBELUM HARI RAYA
Jika dilihat dengan trend pembayaran STR, BKM atau BPR sebelum ini. Selalunya pembayaran bantuan bagi fasa yang berdekatan dengan Hari Raya Aidilfitri akan dibayar seminggu atau dua minggu awal sebelum raya.
Begitu juga dengan STR FASA 2 TAHUN 2023, pembayaran bermula pada 5 April 2023 iaitu dua minggu awal sebelum hari raya Aidilfitri 2023.
Oleh hal demikian, kemungkinan besar bagi STR Fasa 2 tahun ini bayaran akan dikreditkan dalam waktu terdekat. Walau bagaimanapun, marilah sama-sama kita menunggu pengumuman rasmi pihak kerajaan.
Setakat ini, seramai 8.2 juta individu yang layak telah berdaftar untuk STR 2024. Jumlah ini dijangkakan akan bertambah sehingga 9 juta penerima.
JUMLAH BAYARAN MENGIKUT KELAYAKAN
Jumlah bayaran belum diumumkan setakat ini. Akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Walaubagaimanapun, kesemua penerima termasuk bujang dan warga emas turut bakal menerima bayaran pada Fasa 2 ini.
CARA BAYARAN
Sama seperti STR sebelum ini, terdapat 2 cara bayaran iaitu
- Bayaran bantuan akan terus dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan
- Sekiranya tidak mempunyai akaun bank atau terdapat masalah dengan akaun bank, pembayaran akan disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).