Perdana Menteri Umum Bantuan Kewangan Khas Aidilfitri RM500

Selain daripada pengumuman Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2. Perdana Menteri turut umum bantuan kewangan khas Aidilfitri berjumlah RM500.

Pengumuman tersebut dibuat pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri, Isnin 1 April.

BANTUAN KEWANGAN AIDILFITRI RM500

Bantuan kewangan Aidilfitri RM500 ini merupakan sebuah bantuan tambahan kepada penjawat.

Sedia maklum, penjawat awam gred 56 dan kebawah telah menerima Bayaran Insentif Awal sebanyak RM2,000 pada Februari lalu.

Manakala bantuan berjumlah RM500 pula adalah sebagai persediaan untuk Aidilfitri 2024.

SYARAT KELAYAKAN

Semua penjawat awam akan menerima Bantuan Kewangan Khas (BKK) Aidilfitri RM500

BANTUAN AIDILFITRI RM250

Selain daripada bantuan RM500, Perdana Menteri turut umum BKK RM250 untuk semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.

TARIKH BAYARAN

Bayaran akan bermula pada Jumaat ini bersamaan 5 April 2024 kepada setiap penjawat awam dan pesara kerajaan.

Bayaran adalah secara berperingkat.

CARA PERMOHONAN

Tiada permohonan diperlukan untuk penerimaan Bantuan Kewangan Khas Aidilfitri ini.

Leave a Comment