Kaedah Permohonan Bantuan KWSP Bagi Mereka Yang Tidak Mampu Bekerja – Maksimum Terima RM5,000 Seorang!

 

Berikut merupakan info penting kepada semua pencarum. Ramai dikalangan anda yang masih tidak memafhumi bahawa selain daripada faedah dividen tahunan, KWSP dan faedah khairat kematian RM2,500 oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), para pencarum juga layak untuk memohon faedah berjumlah RM5,000 jika sudah tidak mampu untuk bekerja.


Tahukah anda jika berlaku kematian atau berlaku kemalangan yang menyebabkan cacat (OKU), pencarum berhak menuntut bantuan dari KWSP sebanyak RM5,000 untuk kematian & RM2,500 untuk hilang upaya. 


Untuk pengeluaran hilang upaya ianya akan membolehkan pencarum KWSP untuk mengeluarkan semua simpanan KWSP jika keadaan keupayaan fizikal atau mental ahli terjejas sehinggakan menghalang ahli untuk bekerja. Bagi ahli yang layak, mereka akan menerima RM5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban.


Ikuti perkongsian dari Utusan Kerjaya mengenai maklumat penuh permohonan Pengeluaran dan Bantuan Hilang Upaya.


SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Untuk makluman anda semua, hanya individu yang memenuhi syarat berikut sahaja yang layak untuk membuat Pengeluaran atau Bantuan Hilang Upaya:


PENGELUARAN KEHILANGAN UPAYA (Pengeluaran Baki Simpanan)
  • Merupakan Warganegara Malaysia
  • Dibawah Umur 60 Tahun
  • Mempunyai Simpanan Di Dalam Akaun KWSP
  • Tidak Lagi Bekerja
  • Disahkan Oleh pegawai perubatan telah hilang keupayaan fizikal atau mental
  • Mesti Dinilai Oleh Lembaga Perubatan KWSP. Temujanji Penilai Oleh Lembaga Perubatan KWSP akan ditetapkan ketika penyerahan permohonan di kaunter
BANTUAN KEHILANGAN UPAYA (RM5,000)
  • Merupakan Warganegara Malaysia
  • Usia Tidak Mencecah 60 Tahun
  • Tempoh Perkidmatan Akhir Sebelum Ditamatkan Perkhidmatan Atau Hilang Pekerjaan Hendaklah Sekurang-kurangnya 6 Bulan Berterusan
  • Ditamatkan Perkhidmatan Atau Hilang Perkerjaan Di Atas Alasan Ketidakupayaan Untuk Belajar
  • Mengemukakan Permohona Pengeluaran Di Dalam Tempoh 12 Bulan Dari Tarikh Ditamatkan Perkhidmatan Atau Hilang Pekerjaan
NOTA:
1. Pihak KWSP berhak untuk membuat pengesahan semua laporan perubatan yang dikemukakan dengan institusi perubatan yang berkenaan.
2. Jika Lembaga Perubatan KWSP berpendapat bahawa ahli tersebut tidak dapat menjaga hal ehwal diri sendiri ataupun hal ehwal kewangannya, pembayaran boleh dilakukan kepada mana-mana orang yang layak mengikut pertimbangan KWSP.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN 

Berikut adalah merupakan senarai dokumen yang perlu disediakan untuk membuat permohonan Pengeluaran dan Bantuan Hilang Upaya KWSP:

  • Borang KWSP 9L (AHL) & Senarai Semak Dokumen – KLIK DISINI
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – Untuk penghantaran melalui pos/ pengesahan cap ibu jari gagal (KLIK DISINI)
  • Salinan dokumen pengenalan diri bersama yang asal
  • Tandatangan, nama penuh, jawatan, nombor pendaftaran MMC/MPM dan bidang pegawai perubatan yang merawat pada laporan penuh perubatan asal dari Institusi Perubatan
  • Buku bank/ Penyata akaun simpanan/ Penyata akaun semasa/ Surat pengesahan aklumat pemegang dari akaun bank/ Maklumat pemegang akaun
  • Bukti surat ditamatkan perkhidmatan dari majikan (wajib untuk sektor awam/ pilihan sektor lain)
SAMPEL LAPORAN PERUBATAN

  • Untuk permohonan pengeluaran secara manual, sila bawa bersama borang permohonan berikut bersama dokumen di atas ke cawangan KWSP berhampiran dengan kawasan anda
BORANG PERMOHONAN PENGELUARAN HILANG UPAYA
  • Nota: Sila pastikan semua salinan dokumen telah DISAHKAN dan DIAKUI oleh orang yang diberi kuasa. (Lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP)
CARA PERMOHONAN

Untuk melakukan permohonan pengeluaran atau Bantuan Hilang Upaya, anda boleh terus pergi ke cawangan KWSP yang berhampiran dengan kawasan anda dan membawa segala dokumen yang diperlukan seperti dinyatakan di atas.


KAEDAH BAYARAN

Bayaran Dalam Negara
  • Bayaran penuh di dalam Ringgit Malaysia (RM) akan dikreditkan ke dalam akaun anda. Jika anda mempunyai akaun aktif dengan bank panel dan nombor pengenalan sama dengan rekod bank.
  • Anda akan diberikan Cek Jurubank (jika bayaran ke akaun anda gagal)
Bayaran Luar Negara
  • Bayaran penuh akan dibuat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang pilihan anda. Jika mata wang pilihan anda terdapat di dalam senarai mata wang yang disahkan.
  • Bayaran penuh akan dibuat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang US Dolar. Jika mata wang pilihan anda tidak terdapat di dalam senarai yang disahkan.

Untuk maklumat lanjut atau terdapat sebarang pertanyaan berkaitan dengan Pengeluaran dan Bantuan Hilang Upaya, anda boleh terus ke laman web kwsp.gov.my atau hantar pertanyaan anda DI SINI.

Leave a Comment