Kategori Yang Layak Terima Bayaran STR Fasa 3

Kategori Yang Layak Terima Bayaran STR Fasa 3. Pembayaran bagi fasa 1 dan 2 telah selesai dikreditkan pada Januari dan April lalu.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan sebuah bantuan kerajaan yang diberikan dalam 4 kali pembayaran bagi tempoh setahun.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kembali diteruskan bagi tahun kedua dengan penambahan bantuan asas berjumlah RM600 yang dikenali sebagai SARA.

Bantuan STR yang bermula pada fasa 1 hingga 4 ini akan memfokuskan setiap isi rumah, bujang atau individu yang tiada pasangan yang berada dalam kategori miskin tegar, B40 dan M40.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3

Setelah pembayaran STR Fasa 2 bermula 3 April lepas. Sebahagian wang bantuan tersebut sudah tentu digunakan sebagai persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Pembayaran seterusnya adalah Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 yang dijangkakan dikreditkan dalam 2-4 bulan ke depan.

KATEGORI YANG LAYAK TERIMA BAYARAN STR FASA 3

Untuk Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 kali ini, dijangkakan semua kategori penerima akan layak terima bayaran untuk STR Fasa 3 termasuklah golongan warga emas dan bujang.

JANGKAAN BAYARAN

Buat masa ini tiada lagi jumlah bayaran STR Fasa 3. Masih terlalu awal untuk diumumkan.

Tetapi jika kita melihat STR Fasa 3 – 2023 bayaran tertinggi bantuan adalah berjumlah RM 800 manakala terendah RM100 untuk bujang.

Kami menjangkakan bayaran STR Fasa 3 bagi tahun ini adalah sama atau tidak jauh berbeza dengan tahun 2023.

TARIKH BAYARAN

STR Fasa 3 bagi tahun 2023 dibayar sebelum Hari Raya Aidiladha iaitu pada 26 Jun 2023.

Bagi tahun ini pula, kita masih tidak tahu adakan dibayar sebelum Hari Raya Aidiladha ataupun selepasnya. Jika mengikut jadual yang sama dengan STR Fasa 3 tahun lalu, bayaran STR bagi tahun ini adalah pada bulan Jun.

CARA BAYARAN

Sama seperti STR sebelum ini, terdapat 2 cara bayaran iaitu

  • Bayaran bantuan akan terus dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan
  • Sekiranya tidak mempunyai akaun bank atau terdapat masalah dengan akaun bank, pembayaran akan disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan baharu bagi bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) termasuklah untuk Fasa 3 belum dibuka setakat ini.

SEMAKAN STATUS

Semakan status boleh terus dibuat melalui portal rasmi. Selain itu, anda turut boleh hadir ke Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN jika terdapat perubahan maklumat.

Leave a Comment