Enam Pengeluaran Penting KWSP Yang Diluluskan

Enam Pengeluaran Penting KWSP Yang Diluluskan. Walaupun pengeluaran khas KWSP tidak dibenarkan tetapi pihak KWSP menyediakan beberapa kemudahan khas.

Antaranya adalah pengeluaran akaun 2 KWSP secara bersyarat. Terdapat 11 pengeluaran yang disediakan dan anda boleh mohon sekiranya layak.

PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP

Selain daripada itu, pihak KWSP turut menyediakan kemudahan dimana pada ahli boleh membuat pengeluaran secara bersyarat.

Di KWSP terdapat 2 jenis akaun iaitu akaun 1 yang merupakan pengeluaran penuh dan akaun 2 iaitu pengeluaran sebahagian wang simpanan.

Melalui Akaun 2, terdapat 11 jenis pengeluaran yang para pencarum boleh lakukan mengikut syarat.

MELANGKAH KE MAKKAH – HAJI

Pencarum yang beragama Islam berusia 55 tahun dan ke bawah yang sedang merancang untuk mengerjakan ibadat haji boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji.

Pengeluaran maksimum RM 3,000 atau baki akaun 2 mengikut mana yang lebih rendah.

PEMBELIAN RUMAH

Bagi pencarum warganegara Malaysia dan bukan Warganegara anda turut boleh membuat pengeluaran Akaun 2 untuk membeli rumah kediaman.

PENDIDIKAN

Pendidikan yang berkualiti merupakan kunci kepada kestabilan kerjaya sekali gus membina kehidupan yang lebih selesa untuk ahli dan keluarga ahli.

KWSP membenarkan anda mengeluaran simpanan Akaun 2 bagi tujuan membiayai pindidikan sendiri, pasangan, anak dan ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

KESIHATAN PENCARUM

KWSP membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan atau peralatan bantuan kesihatan.

BERUMUR 50 TAHUN

Sekiranya anda sudah mencapai usia 50 tahun, anda boleh membuat pengeluaran keseluruhan simpanan Akaun 2 KWSP.

Ia merupakan sebagai persediaan untuk persaraan anda. Anda boleh membuat pengeluaran sekiranya mempunyai simpanan pada Akaun 2.

PEMBINAAN RUMAH

KWSP turut menyediakan kemudahan untuk pembinaan rumah. Terdapat 2 kategori iaitu pembinaan dengan pembelian tanah atau pembinaan atas tanah yang sudah dimiliki.

Layak bagi setiap pencarum yang berusia 55 tahun dan ke bawah serta mempunyai baki simpanan pada Akaun 2 KWSP.

Manakala, baki 5 Pengeluaran Sebahagian yang dibenarkan adalah

  1. Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
  2. Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
  3. Perumahan Fleksibel
  4. Perumahan PRIMA
  5. Simpanan Melebihi RM 1 Juta

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat perkara di atas anda boleh terus rujuk ke portal rasmi KWSP.

Leave a Comment