Bantuan Khas Kerajaan Secara One-Off Berjumlah RM 2,700 Seorang

Bantuan Khas Kerajaan Secara One-Off Berjumlah RM 2,700 Seorang. Berita baik melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pihak kerajaan telah melancarkan sebuah bantuan tunai RM2700 untuk rakyat Malaysia yang berkelayakan.

Ia turut dikenali sebagai Bantuan Geran Pelancaran.

BANTUAN TUNAI RM2700

Matlamat bantuan ini adalah untuk memperkasakan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan secara individu atau keluarga.

Selain itu ia bertujuan untuk mewujudkan program pembangunan dan pengintegrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang diperlukan

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin/menetap di Malaysia
  • Kumpulan sasar JKM
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa

KADAR BANTUAN

Bantuan keseluruhan adalah RM2700. Bayaran adalah secara satu kali sahaja atau one-off.

CARA MOHON BANTUAN TUNAI RM2700

Sekiranya anda layak berdasarkan kelayakan yang di atas dan berminat untuk membuat permohonan, permohonan bantuan ini sentiasa dibuka.

Anda boleh terus hadirkan diri di mana-mana cawangan atau pejabat JKM berdekatan anda dan menayakan tentang bantuan geran pelancaran RM2700 ini.

Leave a Comment