Maklumat Terkini Pengeluaran Khas KWSP – Mei 2023

Setelah lama tidak mendengar berita mengenai pengeluaran khas KWSP 2023, Perdana Menteri baru-baru ini mengeluarkan satu kenyataan mengenai Pengeluaran Khas KWSP.

8 Mei lepas, Perdana Menteri baru sahaja merasmikan ibu pejabat baahru KWSP di Kwasa Damansara.

TIADA PENGELUARAN KWSP 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Perpaduan tidak akan membenarkan pengeluarna Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menurut Anwar yang turut merupakan Menteri Kewangan, langkah tersebut untuk memastikan simpanan masa depan pencarum terjamin seperti akur janji dan akad dibuat mereka.

PERMAINAN POLITIK PRN

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mengaku bahawa keputusan tersebut adalah TIDAK POPULAR kerana tidak membenarkan pengeluaran seperti yang diminta.

Menurut beliau, isu ini akan terus dimaikan sebagai isu politik termasuk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Dalam pengurusan dan kebijaksanaan, kita mesti membuat keputusan benar yang tidak harus diheret bagi mengambil keputusan hanya untuk memenuhi selera beberapa kerat manusia, ” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Ibu Pejabat Baharu KWSP.

FASILITI SOKONGAN AKAUN 2

Walau bagaimanapun, baru-baru ini pembiayaan KWSP melalui Akaun 2 dibuka untuk permohonan.

Walaupun ia bukan pengeluaran khas KWSP tetapi pembiayaan ini boleh meringankan beban pencarum yang sangat memerlukan.

PENGELUARAN BERSYARAT KWSP

Selain itu, pengeluaran bersyarat KWSP secara sebahagian atau penuh turut ada sebagai kemudahan kepada pencarum.

Anda boleh membuat pengeluaran simpanan anda SEKIRANYA syarat-syarat yang telah ditetapkan sesuai dengan ANDA.

Leave a Comment