Mohon Bantuan Kewangan RM 2,500 Sebelum Tarikh Tutup 31 Mac Ini – Mohon Sekarang

Pelbagai bantuan kerajaan yang mula disalurkan dan akan disalurkan dalam masa terdekat ini.

Terdapat juga bantuan yang masih dibuka untuk permohonan termasuklah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

Salah satu bantuan yang saban tahun akan ditunggu-tunggu oleh rakyat adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

STR adalah sebuah bantuan kewangan yang dibayar dalam empat peringkat bermula Januari, April, Julai dan November 2023 ini.

Pembayaran STR seterusnya adalah pada April depan.

BANTUAN KEWANGAN RM 2,500

Untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 ini, jumlah keseluruhan bantuan tidak termasuk bantuan tambahan RM 600 adalah

  • RM 2,500

Tetapi ia hanya layak kepada kategori isi rumah berpendapatan RM 2,500 dan ke bawah dan mempunyai tanggungan 5 orang dan ke atas.

Isi rumah yang lain turut berpeluang terima bantuan keseluruhan RM 1000, RM 1500, RM 2000 bergantung kepada kelayakan masing-masing.

Manakala, individu bujang akan terima bantuan RM 350 seorang.

MOHON BANTUAN KEWANGAN SEBELUM 31 MAC

Bagi rakyat yang belum pernah memohon bantuan ini atau tidak layak sebelum ini, anda boleh membuat permohonan sekarang dengan kadar segera.

Permohonan bantuan STR ini akan dibuka sehingga 31 Mac sahaja. Sekiranya anda terlepas, anda tidak akan terima bantuan berkenaan bagi tahun 2023 ini.

CARA PERMOHONAN

Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 boleh dibuat melalui portal rasmi STR

Selain itu, bagi penerima sedia ada sekiranya terdapat sebarang perubahan, anda turut boleh membuat kemas kini maklumat sekarang. Pengemaskinian maklumat akan dibuka sehingga 31 Mac sahaja.

Leave a Comment