Mohon Sekarang – Bantuan Untuk Orang Tua RM 500 Sebulan

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ditubuhkan oleh pihak kerajaan untuk menjaga kebajikan masyarakat yang memerlukan lima teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian.

Salah satu bantuan di bawah seliaan JKM adalah bantuan orang tua (BOT), sila rujuk perkara di bawah untuk maklumat lanjut.

BANTUAN ORANG TUA

Pelbagai bantuan bulanan di bawah pihak JKM ini dan salah satunya adalah Bantuan Orang Tua (BOT). Golongan tua atau warga emas sentiasa diambil berat oleh pihak kerajaan.

Tujuan utama bantuan ini untuk meringankan beban warga emas menyara kehidupan mereka dikala sudah tidak larat keluar mencari rezeki.

JUMLAH BANTUAN

Bantuan untuk warga emas adalah berjumlah RM 500 sebulan. Sekiranya layak, pembayaran RM 500 setiap bulan bakal dikreditkan.

KELAYAKAN BANTUAN WARGA EMAS

Berikut adalah syarat kelayakan yang diperlukan untuk terima bantuan di atas

  • Warganegara Malaysia
  • Menetap di Malaysia
  • Berumur 60 tahun dan ke atas
  • Warga emas tersebut tidak tinggal di institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma
  • Mana-mana kes yang layak dipertimbangkan
  • Berpendapatan tidak melebihi Purata Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Per Kapita

CARA PERMOHONAN

Berikut adalah panduan untuk permohonan bantuan

LANGKAH 1

  1. Layari laman web rasmi e-bantuan JKM https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  2. Tekan butang Daftar Permohonan Atas Talian
  3. Isi setiap butiran yang diperlukan
  4. Setelah selesai isi, klik butang Keputusan

LANGKAH 2

  1. Pemohon dan wakil perlu hadir ke mana-mana pejabat JKM yang didaftarkan di atas dalam tempoh 14 hari daripada permohonan online
  2. Hadir bersama borang permohonan yang anda boleh muat turun dan isi butirannya

BORANG JKM 18 – PERMOHONAN chrome-extension://efaidnbmnnnibpcajpcglclefindmkaj/https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbkDoc/BorangJKM/JKM18.pdf

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Hadir bersama beberapa dokumen berikut

  • Salinan MyKad pemohon
  • Salinan MyKad ahli keluarga yang tinggal bersama pemohon
  • Salinan penyata pendapatan atau surat akaun pendaftaran jika bekerja sendiri / tidak bekerja
  • Bawa salah satu bil seperti bil elektrik, telefon yang menunjukkan alamat rumah
  • Mana-mana dokumen yang perlu dibawa

Sumber : bantuansemasa.com https://bantuansemasa.com/bantuan-untuk-orang-tua-anda-rm-500-sebulan/

Leave a Comment