MyKasih – Cara Membuat Permohonan & Semak Kelayakan Bantuan Barang Makanan Secara Cashless

MyKasih Foundation

MyKasih Foundation adalah sebuah organisasi badan bukan kerajaan(NGO) tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat & isterinya Puan Sri Jean dengan misi untuk membantu keluarga & pelajar pelajar miskin.

Bagaimanakah Program ini Berfungsi?

Setiap keluarga memerlukan bantuan haruslah terpilih dari pihak penderma dan dipersetujui pihak Mykasih. Maka itu setiap keluarga harus mencalonkan  seorang penerima dan mendaftar & mengaktifkan butiran akaun MyKad ke dalam sistem ini untuk menerima bantuan secara cashless.
Penerima bantuan makanan terpilih akan mendapat elaun bulanan yang mereka peroleh semasa menggunakan kad pintar MyKad atau My Kasih mereka dikedai runcit yang tersenarai.
Setakat ini MyKasih ada lebih daripada 250 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa , 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya & pasar mini bebas terlibat dalam program ini.
Antara barangan runcit asas iaitu:

  • Beras
  • Mi
  • Roti
  • Biskut
  • Telur
  • Perasa
  • Tepung
  • Minyak masak
  • Makanan dalam tin
  • Minuman

Bagaimana Cara Semak  MyKasih

 Jawapannya .Mudah saja!

  • Sila semak kelayakan anda mengikut langkah dibawah:
  • Layari portal semakan di laman web ini http://www.mykasih.com.my/
  • Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan PRIHATIN Kasih anda di sini pada SEMAK STATUS
  • Sila masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX
  • Sila masukkan captcha imej yang betul berdasarkan imej yang diberi.
  • Tekan pada butang Semak Status untuk semakan lanjut.

Cara Menggunakan Sistem MyKasih 

Secara asasnya, anda boleh merujuk kepada langkah & gambar rajah di bawah:

Bagaimana Cara Daftar  atau Apply MyKasih ?

Penerima My Kasih akan dikenalpasti melalui senarai yang berdaftar di dalam data kerajaan, 
*Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi :
Talian: 03-7720 1888
Email ke info@mykasih.com

Leave a Comment