Program Perantisan : Bantuan RM 800 Untuk Individu Belum Bekerja


Program Perantisan

PERANTISAN ini terbuka kepada belia dan Individu yang masih belum bekerja dan diberi peluang untuk mendapatkan peluang kerjaya dengan memohon dibawah program yang telah dilaksanakan pada PEMERKASA lepas.
Selepas pelaksanaan PEMERKASAAN yang lepas program ini diperbaiki selepas menerima maklumbalas daripada industri. Jaddi, Program Perantisan PERKESO dalam Penjana
Kerjaya 2.0 ini telah diperbaharui agar dilihat lebih berkesan dari sebelumnya.

Antara perubahannya ialah program ini memanjangkan tempoh sehingga 6 bulan untuk memastikan belia mendapat latihan industri yang mencukupi.

Permohonan baharu, tempoh latihan akan dipanjangkan sehingga 6 bulan. Manakala insentif yang bakal diterima ialah sebanyak:
RM 800


Tarikh Permohonan

  • Permohonan dibuka bermula sejak 1 April 2021.

Apakah Syarat-Syarat Diperlukan?


Syarat bagi Majikan
  • Majikan hanya dibenarkan mengupah dan mengajikan graduan atau lepasan sekolah di antara 18-30 tahun sahaja.
  • Majikan boleh menggajikan mana-mana Perantis yang mengikuti Program Perantisan yang dilaksanakan oleh badan-badan yang berkelayakan.
  • Setiap perantis yang tersenarai hanya boleh ikuti 1 kursus sahaja.
  • Majikan yang mengambil perantis di bawah Penjana Kerjaya layak memohon untuk pekerjanya menjalani latihan semula atau peningkatkan kemahiran berdasarkan keperluan pekerjaan.

Syarat Perantis

  • Calon adalah dikalangan lepasan sekolah atau;
  • Graduan yang masih menganggur

Apa Yang Menyebabkan Anda Tak Layak ?

  • Syarikat yang mengambil pelajar Internship
  • Warganegara Asing
  • Pelajar yang masih dalam pengajian

Bagaimana Cara Permohonan?

Majikan

Perantis / Pemohon

Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai program ini boleh hubungi talian:
1-300-22-8000

Leave a Comment