Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Berjumlah RM 2000

 

Sebuah bantuan yang baru sahaja dilancarkan pada awal 2022 ini. Bantuan ini sangat ditunggu-tunggu oleh rakyat. Sila rujuk sehingga habis untuk info penuh mengenai bantuan tersebut.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ialah bantuan yang dimaksudkan di atas. BKM ialah sebuah bantuan kerajaan yang diberikan kepada golongan yang memerlukan sama seperti  BPR dan BKC untuk meringankan kos sara hidup dan beban rakyat yang berpendapatan rendah.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut ialah syarat kelayakan bantuan :

1. Kategori Isi Rumah
  • Sudah berkahwin atau
  • Ibu atau bapa tunggal / janda / balu / duda yang mempunyai anak
  • Pendapatan di bawah RM 5,000 sebulan
2. Kategori Tiada Pasangan / Warga Emas
  • Bujang atau ibu atau bapa tunggal / duda / janda / balu yang tidak mempunyai anak
  • Berumur 60 tahun dan ke atas
  • Pendapatan RM 5,000 dan ke bawah sebulan
3. Bujang
  • Bujang atau ibu atau bapa / duda / janda / balu yang tidak mempunyai anak
  • Berumur 21 sehingga 59 tahun
  • Pendapatan RM 2,500 dan ke bawah 

JUMLAH BANTUAN

Berikut ialah jumlah bantuan yang diberikan kepada rakyat yang layak :

1. Bantuan Kategori Isi Rumah

Isi Rumah Berpendapatan RM 2,500 dan ke bawah
  • RM 1,000 untuk yang belum mempunyai anak
  • RM 1,500 untuk yang mempunyai 1-2 orang anak
  • RM 2,000 untuk yang mempunyai 3 orang anak dan lebih
Isi Rumah Berpendapatan RM 2,501 sehingga RM 5,000
  • RM 400 untuk yang belum mempunyai anak
  • RM 600 untuk yang mempunyai 1-2 orang anak
  • RM 800 untuk yang mempunyai 3 orang anak dan lebih
2. Bantuan Kategori Warga Emas / Tiada Pasangan
  • Bantuan berjumlah RM 600 seorang
3. Bantuan Kategori Bujang
  • Bantuan berjumlah RM 350 seorang
*Maksimum bantuan yang akan diberikan ialah RM 2,000 mengikut kelayakan anda.

TARIKH KEMAS KINI DAN PERMOHONAN BAHARU

Tempoh kemas kini maklumat dan permohonan baharu dibuka bermula
  • 1 Januari sehingga 31 Januari 2022 ini.
Data penerima BPR 2021, BKC 2021 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak layak akan dibawa terus secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.

Anda perlu membuat permohonan baharu sekiranya anda tidak pernah menerima BPR, BKC atau membuat permohonan BPR sebelum ini.

Manakala, penerima lama yang mempunyai perubahan maklumat, anda dikehendaki membuat kemas kini melalui cawangan LHDNM berdekatan atau secara dalam talian.

Leave a Comment