Keluarga Malaysia merupakan slogan kerajaan. Disebabkan itu, pelbgai jenis bantuan yang diumumkan pada Bajet 2022 bertumpukan dengan Keluarga Malaysia.
BAUCAR PERLINDUNGAN TENANG
Program ini adalah salah satu langkah kerajaan untuk melindungi rakyat sekiranya terdapat kejadian yang tidak diingini berlaku.
Sedia maklum, keselamatan sosial ialah benteng pertahanan utama dalam menjamin kelangsungan hidup sebuah institusi keluarga dan individu.
Disebabkan penyertaan insurans rendah dikalngan rakyat, lebih lagi untuk golongan B40. Kerajaan telah memberikan subsidi untuk perlindungan takaful atau insurans dalam usaha untuk meningkatkan jaringan kesleamatan sosial untuk B40.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan :
- Penerima yang layak hanyalah untuk B40 sahaja
- Satu baucar boleh digunakan untuk membeli satu polisi sahaja
- Pulangan tunai atau pembayaran balik tunai adalah tidak dibenarkan
- Baucar hanya digunakan untuk polisi atau sijil baharu memperbaharui polisi / sijil
JUMLAH BAUCAR
Baucar perlindungan ini akan dinaikkan kepada RM 75 pada tahun ini. Jumlah asal baucar ialah RM 50 sahaja.
SEMAKAN BAUCAR
Semakan baucar boleh dibuat pada
- 30 September 2021 lagi
Semakan boleh dibuat melalui 2 cara iaitu :
1. Semakan Manual – Kunjungi wakil insurans pengendali takaful
2. Semakan Online – Melalui laman web berikut https://myptv.my/