MySTR 2024 : Kemaskini & Pendaftaran Baharu Kini Dibuka

MySTR 2024 : Kemaskini & Pendaftaran Baharu Kini Dibuka. Oktober lepas, Perdana Menteri yang turut merupakan sebagai Menteri Kewangan telah membentangkan Belanjawan bagi tahun 2024. Pelbagai inisiatif bantuan kerajaan telah diumumkan untuk rakyat.

Salah satunya adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 yang jumlah akan dinaikkan sehingga RM3700.



SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2024

Hari ini merupakan hari dimana pembentangan Belanjawan 2024 bagi peringkat persekutuan.

Salah satu inisiatif yang diumumkan adalah berkaitan STR 2024. Menurut Perdana Menteri, pihak kerajaan telah meningkatkan jumlah peruntukkan STR 2024 daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion.

JUMLAH STR 2024

Seperti yang sedia maklum, pembayaran maksimum STR 2023 telah dinaikkan kepada RM3700 termasuk dengan Sumbangan Asas Rahmah.

Tetapi, bukan semua kategori akan terima jumlah yang sama. Pembayaran adalah berbeza mengikut kategori masing-masing. Sama seperti STR 2023.

TARIKH BAYARAN

Untuk pembayaran fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 dijadualkan akan bermula seawal bulan

  • Februari 2024

JUMLAH BAYARAN FASA 1

Buat masa sekarang, pihak kerajaan belum mengeluarkan perincian mengenai jumlah bayaran bagi setiap fasa.

Tetapi apa yang sudah dipastikan, jumlah bantuan maksimum termasuk bantuan SARA bulanan adalah RM3,700.

PERMOHONAN DAN KEMASKINI

Untuk pengetahuan anda, permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat (sekiranya ada) boleh dibuat bermula 1 November 2023 lagi melalui portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah

Leave a Comment