Pelajar Sekolah Rendah & Menengah B40 Boleh Memohon Bantuan Peranti Tab Android Secara Percuma

 

Sejak penularan wabak Covid-19, sudah pasti ramai di antara ibu bapa berasa sangat risau akibat daripada sistem pembelajaran secara online yang terpaksa dijalani oleh anak-anak.

Untuk makluman anda semua, terdapat satu berita baik buat golongan keluarga yang tergolong dalam golongan B40 dan pemohon BPN kerana kini anda boleh memohon bantuan tablet android 2021 untuk anak-anak anda.

SIAPA YANG MEMBERI TABLET PERCUMA INI?

Untuk pengetahuan anda, bantuan tablet android percuma ini adalah merupakan satu inisiatif bantuan daripada Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang merupakan ahli parlimen Port Dickson untuk membantu para pelajar agar tidak keciciran atau ketinggalan dalam pendidikan ketika sesi pembelajaran daripada rumah secara online.

Sekiranya anda melepasi kriteria kelayakan yang telah ditetapkan, maka anda akan menerima Android Tab atau mana-mana peranti pintar yang menyokong sistem android.

SIAPA YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN INI?
  • Darjah 1 hingga Darjah 6
  • Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6
KRITERIA KELAYAKAN
  • Terbuka kepada keluarga warga/ penduduk/ pengundi di Port Dickson
  • Pendapatan keluarga di bawah B40 dan merupakan pemohon BPN
  • Mempunyai asas dalam penggunaan komputer atau internet
TATACARA PERMOHONAN

Oleh kerana bantuan ini adalah sangat terhad maka semua permohonan akan diteliti terlebih dahulu. Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang benar-benar layak sahaja.

Berikut dikongsikan tatacara permohonan secara online:

1. Sila pergi ke pautan Borang Permohonan Tablet Android Online – Mohon DI SINI
2. Sila pilih sama ada anda adalah merupakan penerima BPN atau tidak dan klik ‘next’
3. Sila lengkapkan maklumat murid dan klik ‘next’
4. Lengkapkan maklumat keluarga dan klik ‘submit’
5. Permohonan anda telah berjaya dihantar




Leave a Comment