Pembayaran i-Lestari Bermula Januari 2021

Selamat Tahun Baru diucapkan kepada anda semua. Untuk pengetahuan anda semua,kita sudah sedia maklum bahawa sebanyak RM500 sebulan daripada pengeluaran akaun i-Lestari ini sangat memberi impak positif kepada penerima dalam menanggung kos sara hidup harian mereka.


Berdasarkan sumber maklumat daripada KWSP, tarikh bayaran i-Lestari bulan Januari bermula daripada 1Januari 2021. Walaubagaimanapun,ramai ahli yang sudah menerima bayaran i-Lestari bagi bulan Disember 2020.

SEMAKAN JADUAL PEMBAYARAN i-LESTARI

Sebelum membuat semakan pembayaran i-Lestari, adalah lebih baik jika anda memahami dahulu jadual pembayaran di bawah ini :
  • Bayaran pengeluaran tersebut akan dikreditkan ke bank bermula 1-14 Januari 2021 secara berperingkat.
  • Anda semua perlu terus berhubung dengan pihak KWSP jika akaun bank anda tidak aktif atau telah dibekukan.
  • Jika pada tarikh 1 Januari anda masih belum menerima pembayaran bermakna pihak KWSP membuat pembayaran secara berperingkat dan anda perlu tunggu beberapa hari lagi.
Berikut merupakan jadual pembayaran i-Lestari 👇


CARA SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN SECARA ONLINE
  1. Pertama sekali,anda perlu melayari portal rasmi i-Lestari secara online melalui https://ilestari.kwsp.gov.my/check-status.php
  2. Anda pelru masuk nombor MyKad anda dan nombor telefon di ruangan yang diberi.
  3. Klik CAPTCHA “saya bukan robot” dan klik butang semak.
CARA PEMBATALAN PENGELUARAN i-LESTARI
  • Maklumat permohonan pengeluaran i-Lestari yang terdahulu tidak dipaparkan.
  • Anda perlu memastikan anda mempunyai maklumat permohonan pengeluaran terdahulu sebagai rujukan.
  • Bayaran bulanan anda akan terus terhenti dengan pembatalan.
  • Sekiranya kaedah bayaran semasa adalah Arahan Bayaran, pembatalan boleh dilakukan di Kaunter KWSP melalui Janji Temu Online.
  • Jika anda ingin membuat permohonan semula setelah pembatalan, permohonan semula i-Lestari boleh dibuat pada hari berikutnya setelah pembatalan.
PEMBATALAN PENGELUARAN i-LESTARI : klik DISINI

Leave a Comment