Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP umumnya diketahui bermula pada 20 April ini. Walau bagaimanapun, terdapat sebuah kejutan daripada Menteri Kewangan kepada para pemohon pengeluaran ini mengenai pembayaran yang akan diawalkan.
PEMBAYARAN PENGELUARAN KWSP DIAWALKAN
Pelbagai reaksi yang diterima oleh Kementerian Kewangan khususnya Menteri Kewangan, Tengku Zafrul berkenaan tarikh bayaran Pengeluaran Khas KWSP ini.
Menurut beliau, ramai yang message dan komen dalam sosial media yang bertanyakan dengan harapan pengeluaran KWSP itu boleh cepat lagi.
Disebabkan perkara sedemikian, YB Tengku Zafrul mendengar suara para pemohon dan berbincang dengan pihak KWSP tentang tarikh bayaran KWSP.
Hasil daripada perbincangan tersebut, sukacita dimaklumkan bahawa Pengeluaran Khas KWSP akan dikreditkan bermula
- 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini
- Ini bermaksud pembayaran diawalkan beberapa hari untuk menampung pemohon yang ingin berbelanja untuk puasa dan raya.
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN DILULUSKAN
Para pemohon perlu membuat semakan sekali lagi. Semakan yang dibuat pada 16 April akan menyatakan bahawa ‘Permohonan Anda Diluluskan’.
Manakala untuk pemohon yang status permohonan masih belum berubah, anda perlu tunggu beberapa hari lagi.
TARIKH BAYARAN DINYATAKAN
Selain daripada status permohonan yang diluluskan, pada paparan semakan status tersebut turut dinyatakan tarikh bayaran untuk Pengeluaran Khas KWSP anda.
Jadi, anda tidak perlu tertanya-tanya bilakah pembayaran anda dilaksanakan. Anda mungkin akan dibayar beberapa hari lebih awal kerana pembayaran Pengeluaran Khas ini bermula 18 April dan bukannya 20 April 2022.
CARA SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
Berikut adalah panduan untuk membuat semakan status permohonan :
1) Layari portal rasmi Pengeluaran Khas KWSP.
2) Seterusnya, klik pada ‘SEMAKAN STATUS PERMOHONAN’.
3) Kemudian, anda perlu masukkan nombor Kad Pengenalan dan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan di KWSP.
4) Seterusnya, klik semak status dan paparan status permohonan diberikan. Selesai.
PENGELUARAN KHAS AKAN DIBAYAR SECARA ONE-OFF
Berita baik kepada para pencarum, pihak KWSP sudah mengeluarkan kenyataan berkenaan sama ada pembayaran akan dilaksanakan secara one-off iaitu sekali bayar atau pembayaran setiap bulan.
Melalui kemas kini terbaru daripada pihak KWSP, Pengeluaran Khas kali ini adalah secara one-off atau sekali bayar sahaja. Ini bermakna sekiranya anda membuat pengeluaran RM 10,000 maka anda akan menerima jumlah tersebut untuk satu kali bayaran sahaja.