Semakan Status Permohonan Diluluskan Dipaparkan Bermula 16 April

 

Semakan Status Permohonan Diluluskan Dipaparkan Bermula 16 April


Semakan permohonan Pengeluaran Khas KWSP boleh disemak pada 9 April lalu. Walau bagaimanapun, semakan status permohonan hanya dipaparkan ‘permohonan anda diterima’ dan ‘permohonan tiada dalam rekod’.

Oleh itu, bermula 16 April semakan kembali status permohonan yang menyatakan permohonan diluluskan atau gagal telah mulai dipaparkan.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN DILULUSKAN

Para pemohon perlu membuat semakan sekali lagi. Semakan yang dibuat pada 16 April akan menyatakan bahawa ‘Permohonan Anda Diluluskan’. 

Manakala untuk pemohon yang status permohonan masih belum berubah, anda perlu tunggu beberapa hari lagi.

TARIKH BAYARAN DINYATAKAN

Selain daripada status permohonan yang diluluskan, pada paparan semakan status tersebut turut dinyatakan tarikh bayaran untuk Pengeluaran Khas KWSP anda. 

Jadi, anda tidak perlu tertanya-tanya bilakah pembayaran anda dilaksanakan.

CARA SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Berikut adalah panduan untuk membuat semakan status permohonan :

1) Layari portal rasmi Pengeluaran Khas KWSP.

2) Seterusnya, klik pada ‘SEMAKAN STATUS PERMOHONAN’.

3) Kemudian, anda perlu masukkan nombor Kad Pengenalan dan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan di KWSP.

4) Seterusnya, klik semak status dan paparan status permohonan diberikan. Selesai.

AMAUN PENGELUARAN DAN KAEDAH BAYARAN

Selain daripada pengumuman pembayaran secara one-off, pihak KWSP turut mengeluarkan informasi berkenaan amaun pengeluaran dan kaedah bayaran, info penuh adalah seperti berikut :

1. Amaun pengeluaran minimum adalah RM 50 manakala pengeluaran maksimum adalah RM 10,000 tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Sekiranya tidak mencukupi maka Akaun 1 akan digunakan.
2. Meninggalkan bagi sekurang-kurangnya RM 100 dalam Akaun 1.
3. Pembatalan permohonan dan pindaan amaun adalah tidak dibenarkan. Oleh itu, anda haruslah membuat keputusan yang munasabah sebelum melakukan permohonan.
4. Bayaran Pengeluaran Khas ini akan diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain.

PENGELUARAN KHAS AKAN DIBAYAR SECARA ONE-OFF

Berita baik kepada para pencarum, pihak KWSP sudah mengeluarkan kenyataan berkenaan sama ada pembayaran akan dilaksanakan secara one-off iaitu sekali bayar atau pembayaran setiap bulan.

Melalui kemas kini terbaru daripada pihak KWSP, Pengeluaran Khas kali ini adalah secara one-off atau sekali bayar sahaja. Ini bermakna sekiranya anda membuat pengeluaran RM 10,000 maka anda akan menerima jumlah tersebut untuk satu kali bayaran sahaja.

Leave a Comment