Informasi Terkini Pengeluaran Khas KWSP 20 April 2022

Informasi Terkini Pengeluaran Khas KWSP 20 April 2022

 Pengeluaran Khas KWSP telah diluluskan oleh pihak kerajaan untuk memberi kemudahan kepada pencarum KWSP untuk membantu dan membina semula kehidupan selepas pandemik.


Terdapat beberapa informasi terbaru Pengeluaran Khas KWSP yang anda perlu tahu.

INFORMASI TERBARU PENGELUARAN KHAS KWSP

1. TARIKH PERMOHONAN

Permohonan Pengeluaran Khas KWSP sudah boleh dibuat bermula 1 April lepas dan akan ditutup pada penghujung April ini.

Diingatkan kepada pencarum yang ingin membuat pengeluaran agar berfikir secara mendalam jumlah pengeluaran yang patut dikeluarkan.

2. TARIKH SEMAKAN PERMoHONAN

Semakan permohonan Pengeluaran Khas KWSP boleh dibuat bermula 9 April lepas. 

3. JUMLAH PENGELUARAN PERLU DIGANTI SEMULA

Untuk pengetahuan anda, setiap jumlah pengeluaran anda perlu diganti semula melalui kadar caruman bulanan KWSP. 

Ahli perlu menggantukan keseluruhan jumlah pengeluaran melalui Pengeluaran Khas ini dengan tambahan sebanyak 20 PERATUS (%). 

Berikut adalah contoh pengiraan :
  • Sekiranya anda membuat Pengeluaran Khas RM 10,000
  •  20 % daripada RM 10,000 adalah RM 2,000
  • Oleh itu, jumlah yang perlu anda ganti adalah RM 10,000 + RM 2,000 = RM 12,000
Caruman baharu yang diterima akam dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 termasuklah tambahan 20%  daripada amaun pengeluaran seperti yang ditunjukkan di atas.


Setelah penggantian selesai, caruman akan kembali seperti biasa.

AHLI YANG PERNAH MOHON PENGELUARAN KHAS SEBELUM INI TURUT LAYAK

Pencarum yang pernah membuat pengeluaran melalui i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra turut layak membuat Pengeluaran Khas ini tergantung dengan baki wang simpanan anda.

JUMLAH PENGELUARAN

Pengeluaran maksimum adalah RM 10,000 dan minimum RM 50 sahaja. Walau bagaimanapun, ahli perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM 100 dalam Akaun 1.

Leave a Comment