Status KWSP ‘Permohonan Anda Diterima’ Bermakna Permohonan Diluluskan

 

Status KWSP 'Permohonan Anda Diterima' Bermakna Permohonan Diluluskan


Semakan permohonan Pengeluaran Khas KWSP sudah boleh dibuat bermula 9 April 2022. Hampir keseluruhan pemohon menerima status ‘permohonan anda telah diterima’ bukannya permohonan diluluskan.

Disebabkan itu, para pemohon sedikit bingung mengapa status permohonan sedemikian. 

PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA

Paparan ‘Permohonan Anda Telah Diterima’ membawa kepada pelbagai jenis perspektif termasuklah :

1) Paparan tersebut bermaksud permohonan anda berjaya tetap belum diluluskan lagi. Tapi ia agak mustahil kerana mustahil kesemua pemohon dapat paparan yang sama.

2) Paparan sedemikian membawa maksud permohonan anda telah diluluskan atau berjaya dan proses pengkreditan bermula 20 April ini. 

Perkara ini turut dinyatakan oleh pejuang KWSP iaitu Saudara Azmie Bugis melalui akaun Facebook beliau.

‘Shbt2 yg dpt jawapan PERMOHONAN DITERIMA maka SAH dan SAHIH wang RM 10K akan masuuk dlm akaun masing2 mulai 20hb April nnti.. TAHNIAH diucapkan dan belanja la dgn berkhemah ye,” jelas beliau.

CARA SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Berikut adalah panduan untuk membuat semakan status permohonan :

1) Layari portal rasmi Pengeluaran Khas KWSP.

2) Seterusnya, klik pada ‘SEMAKAN STATUS PERMOHONAN’.


3) Kemudian, anda perlu masukkan nombor Kad Pengenalan dan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan di KWSP.

4) Seterusnya, klik semak status dan paparan status permohonan diberikan. Selesai.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Untuk pengetahuan anda, diumumkan bahawa semakan status permohonan Pengeluaran Khas KWSP boleh dibuat bermula 9 April 2022.

Bolehlah sudah anda membuat semakan untuk pembayaran Pengeluaran Khas ini.

AMAUN PENGELUARAN DAN KAEDAH BAYARAN

Selain daripada pengumuman pembayaran secara one-off, pihak KWSP turut mengeluarkan informasi berkenaan amaun pengeluaran dan kaedah bayaran, info penuh adalah seperti berikut :

1. Amaun pengeluaran minimum adalah RM 50 manakala pengeluaran maksimum adalah RM 10,000 tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Sekiranya tidak mencukupi maka Akaun 1 akan digunakan.
2. Meninggalkan bagi sekurang-kurangnya RM 100 dalam Akaun 1.
3. Pembatalan permohonan dan pindaan amaun adalah tidak dibenarkan. Oleh itu, anda haruslah membuat keputusan yang munasabah sebelum melakukan permohonan.
4. Bayaran Pengeluaran Khas ini akan diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain.

Leave a Comment