Ramai yang masih tertanya-tanya kenapa pembayaran Pengeluaran Khas KWSP belum dikreditkan sehingga hari ini walaupun pembayaran telah diawalkan bermula 18 April lepas.
Walau bagaimanapun perkara tersebut sudah dijelaskan oleh Menteri Kewangan Tan Sri Tengku Zafrul Aziz.
PEMBAYARAN SELEWAT-LEWATNYA SEBELUM HARI RAYA AIDILFITRI
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz sedia maklum ramai yang bertanya mengapa terdapat sebilangan pembayaran belum dikreditkan sehingga hari ini.
Oleh hal demikian, Tengku Zafrul Aziz berkata pihak KWSP telah memberi komitmen
- akan menyelesaikan kesemua permohonan sebelum hari raya Aidilfitri nanti.
Jika diikutkan kalender, tarikh Hari Raya Aidilfitri dijangkakan akan jatuh pada 3 Mei. Oleh itu dengan berpandukan perkara yang dikatakan oleh Menteri Kewangan, pembayaran KWSP sepatutnya sudah selesai sebelum 3 Mei.
PENJELASAN PEMBAYARAN BELUM MASUK
Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz sedia maklum bahawa ramai pencarum mengajukan soalan mengapa pembayaran belum dikreditkan kepada mereka.
Oleh hal demikian, berikut adalah respon daripada Menteri Kewangan berkaitan pembayaran yang belum dikreditkan.
Menurut beliau, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menerima
- 5.3 juta permohonan dan jumlah pengeluaran RM 40.1 bilion yang dimohon bermula 1 April sehingga kini. Ia merupakan jumlah yang sangat besar dan perkara ini lagi menyukarkan apabila pihak KWSP perlu mengagihkan jumlah tersebut dalam masa yang singkat.
Oleh hal demikian, pihak KWSP sudah menegaskan bahawa penyaluran Pengeluaran Khas ini akan dibuat secara berperingkat.
Ini bermakna, memang bukan semua penerima akan menerima bayaran pada 18 hari bulan. Menteri Kewangan turut berharap agar kesemua Keluarga Malaysia yang layak agar sentiasa bersabar menunggu pembayaran dilaksanakan.
PERKARA PENTING PENGELUARAN KHAS
Pelbagai perkara penting yang anda perlu tahu untuk Pengeluaran Khas ini termasuklah
1. Pembayaran Pengeluaran Khas Diawalkan
Sukacita dimaklumkan bahawa pembayaran Pengeluaran Khas KWSP ini diawalkan beberapa hari bermula
- 18 April berbanding tarikh sebelumnya iaitu 20 April
- Pembayaran diawalkan untuk memudahkan pemohon berbelanja sempena hari raya
2. Pembayaran Pada 18 April
Semakan status permohonan dipaparkan bahawa pembayaran pertama adalah pada 20 April. Walau bagaimanapun disebabkan tarikh bayaran yang diawalkan, dijangkakan bahawa
- semakan status pembayaran yang pada 20 April akan mula dikreditkan pada 18 April ini
- Namun, tiada info sahih yang diterima mengenai hal itu
3. Pembayaran Secara Berperingkat
Menurut Menteri Kewangan, Tan Sri Tengku Zafrul, sekiranya terdapat pemohon yang belum menerima bayaran pada 18 April, pemohon tidak perlu risau dan perlu tunggu untuk beberapa hari lagi.
Hal ini kerana pembayaran dilakukan secara berperingkat. Sama seperti pembayaran i-Citra dan i-Sinar.
4. Bayaran One-Off
Sekiranya anda terlepas informasi mengenai jumlah bayaran yang akan dikreditkan. Pembayaran akan dilaksanakan sekali bayar atau one-off sahaja.
Ini bermaksud sekiranya anda membuat pengeluaran RM 10,000 maka anda akan terima RM 10,000 sekaligus.
5. Penggantian Jumlah Pengeluaran
Untuk pengetahuan anda, setiap jumlah pengeluaran anda perlu diganti semula melalui kadar caruman bulanan KWSP.
Ahli perlu menggantukan keseluruhan jumlah pengeluaran melalui Pengeluaran Khas ini dengan tambahan sebanyak 20 PERATUS (%).
Berikut adalah contoh pengiraan :
- Sekiranya anda membuat Pengeluaran Khas RM 10,000
- 20 % daripada RM 10,000 adalah RM 2,000
- Oleh itu, jumlah yang perlu anda ganti adalah RM 10,000 + RM 2,000 = RM 12,000
Caruman baharu yang diterima akam dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 termasuklah tambahan 20% daripada amaun pengeluaran seperti yang ditunjukkan di atas.
Setelah penggantian selesai, caruman akan kembali seperti biasa.