SYARAT PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI 2023/2024
Berikut ialah syarat untuk pendaftaran murid tahun 1 sesi 2023/2024
- Murid Tahun 1 Sesi 2023 : Lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017
- Murid Tahun 1 Sesi 2024 : Lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018
TARIKH PENDAFTARAN MURID
Tarikh mula pendaftaran bermula pada 1 Mac 2022.
Manakala tarikh tutup pendaftaran pada 30 Aprill 2022.
- Rayuan pendaftaran boleh dibuat bermula 1 Ogos Sehingga 31 Ogos 2022 dan
- Keputusan rayuan ialah pada 1 Oktober
CARA PENDAFTARAN MURID
Panduan yang diberikan di bawah adalah pendaftaran secara online sahaja. Berikut ialah cara pendaftaran murid untuk sesi 2023/2024 tahun 1
- Layari portal SPATKPM https://public.moe.gov.my/
- Tekan butang ‘Pengguna Baru’
- Tekan ‘Daftar Pengguna’
- Tekan ‘Daftar’
- Sila isikan maklumat yang diperlukan untuk membuat pendaftaran
- Selepas berjaya masuk, teruskan permohonan dan tekan pada menu ‘Tahun 1’
- Tekan ‘Permohonan Baharu’
- Sila masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk pendaftaran
- Lengkap beberapa maklumat yang diperlukan termasuklah maklumat murid, maklumat kesihatan dan maklumat ibu bapa dan penjaga
- Tekan butang ‘Simpan’
- Tekan ‘Semak Permohonan’ untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan
- Tekan ‘Perakuan’ setelah selesai lengkapi keseluruhan butiran yang diperlukan
- Kemudian status permohonan murid akan dipaparkan
- Cetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan
SENARAI DOKUMEN
- Buku Rekod Kesihatan Murid
- Sijil Lahir Murid
- Borang permohonan Tahun 1
- Kad pengenalan ibu bapa atau penjaga
- Sijil nikah
- Sijil cerai / hak jagaan anak (jika berkaitan)
- Bil utiliti : Bil air / telefon / ASTRO / elektrik