Pengeluaran Khas KWSP Sehingga RM10,000 Februari Ini

Pengeluaran Khas KWSP Sehingga RM10,000 Februari Ini. Sebuah khabar baik kepada pencarum KWSP, pengeluaran secara one-off dibenarkan tetapi secara bersyarat.

Ia merupakan sebuah program di bawah Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) yang membolehkan para pencarum membuat pengeluaran bermula RM3,000 hingga RM50,000.

Ia merupakan sebuah program di bawah Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) yang membolehkan para pencarum membuat pengeluaran bermula RM3,000 hingga RM50,000.

PENGELUARAN SECARA ONE-OFF

Berita baik kepada pencarum KWSP, Pengeluaran KWSP yang dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) dilancarkan tetapi secara bersyarat iaitu dalam bentuk pembiayaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam teks ucapannya di Dewan Negara memaklumkan bagi tujuan program ini, fasiliti pembiayaan patuh Syariah juga disediakan oleh institusi perbankan dan ia tidak melibatkan sebarang unsur-unsur riba.

JUMLAH PENGELUARAN SIMPANAN YANG LAYAK

Berikut adalah amaun pengeluaran yang dibolehkan berdasarkan simpanan di dalam Akaun 2 KWSP

SYARAT PENGELUARAN

Terdapat pelbagai jenis syarat yang ditetapkan oleh pihak KWSP dan berikut adalah syarat-syaratnya

  • Terbuka kepada ahli yang belum mencapai usia 55 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Permohonan adalah sekali sahaja
  • Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan
  • Amaun simpanan minimum RM3,000 di Akaun 2
  • Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000 dalam Akaun 2 (tertakluk kepada amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan)

CARA PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui institusi perbankan yang terlibat.

LANGKAH 1

  • Membuat semakan awal kelayakan simpanan Akaun 2 melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian

LANGKAH 2

  • Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan

LANGKAH 3

  • Mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dengan KWSP melalui portal insitusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan

PENCARUM KWSP 4 JUTA BAKAL MENDAPAT MANFAAT

Fasiliti ini bakal memanfaatkan lebih daripada 4 juta ahli KWSP di bawah umur 55 tahun yang layak. Kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) yang akan dikenakan oleh institusi perbankan dijangka di antara 4% hingga 5% setahun. Kadar ini adalah jauh lebih rendah daripada kadar pasaran semasa pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan yang dikenakan pada sekitar 8% hingga 15%.

Leave a Comment