Pengeluaran KWSP Akaun 2 Yang Dibenarkan Tahun Ini

Pengeluaran KWSP Akaun 2 Yang Dibenarkan Tahun Ini. Walaupun pengeluaran khas KWSP tidak dibenarkan tetapi pihak KWSP menyediakan beberapa kemudahan khas.

Antaranya adalah pengeluaran akaun 2 KWSP secara bersyarat. Terdapat 12 pengeluaran yang disediakan dan anda boleh mohon sekiranya layak.

PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP

Selain daripada itu, pihak KWSP turut menyediakan kemudahan dimana pada ahli boleh membuat pengeluaran secara bersyarat.

Di KWSP terdapat 2 jenis akaun iaitu akaun 1 yang merupakan pengeluaran penuh dan akaun 2 iaitu pengeluaran sebahagian wang simpanan.

Melalui Akaun 2, terdapat 11 jenis pengeluaran yang para pencarum boleh lakukan mengikut syarat.

MELANGKAH KE MAKKAH – HAJI

Pencarum yang beragama Islam berusia 55 tahun dan ke bawah yang sedang merancang untuk mengerjakan ibadat haji boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji.

Pengeluaran maksimum RM 3,000 atau baki akaun 2 mengikut mana yang lebih rendah.

PEMBELIAN RUMAH

Bagi pencarum warganegara Malaysia dan bukan Warganegara anda turut boleh membuat pengeluaran Akaun 2 untuk membeli rumah kediaman.

KESIHATAN PENCARUM

KWSP membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan atau peralatan bantuan kesihatan.

BERUMUR 50 TAHUN

Sekiranya anda sudah mencapai usia 50 tahun, anda boleh membuat pengeluaran keseluruhan simpanan Akaun 2 KWSP.

Ia merupakan sebagai persediaan untuk persaraan anda. Anda boleh membuat pengeluaran sekiranya mempunyai simpanan pada Akaun 2.

PEMBINAAN RUMAH

KWSP turut menyediakan kemudahan untuk pembinaan rumah. Terdapat 2 kategori iaitu pembinaan dengan pembelian tanah atau pembinaan atas tanah yang sudah dimiliki.

Layak bagi setiap pencarum yang berusia 55 tahun dan ke bawah serta mempunyai baki simpanan pada Akaun 2 KWSP.

Manakala, baki 6 Pengeluaran Sebahagian yang dibenarkan adalah

  1. Pendidikan
  2. Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
  3. Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
  4. Perumahan Fleksibel
  5. Perumahan PRIMA
  6. Simpanan Melebihi RM 1 Juta

PELAKSANAAN AKAUN 3 KWSP

Bagi pencarum yang belum mengetahui info terkini mengenai KWSP, terdapat sebuah khabar baru untuk anda.

Untuk pengetahuan anda, pihak KWSP bakal melaksanakan Akaun Fleksibel atau Akaun 3 yang bertujuan untuk pengeluaran kecemasan.

Ia bakal dilaksanakan pada bulan Mei ini.

Dengan pelaksanaan Akaun 3 ini bermakna pencarum boleh mengeluarkan wang simpanan melalui Akaun 3 pada bila-bila masa yang anda perlu.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat perkara di atas anda boleh terus rujuk ke portal rasmi KWSP

Leave a Comment