Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan Mei Ini – Semak Disini

Pada April lalu, kerajaan telah membenarkan para pencarum membuat permohonan pengeluaran KWSP melalui Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP (FSA2). Tetapi, bukan itu yang dituntut oleh rakyat.

Selain daripada itu, terdapat beberapa jenis pengeluaran KWSP yang dibenarkan untuk dikeluarkan termasuklah bulan Mei ini.

PENGELUARAN KWSP YANG DIBENARKAN MEI INI

Terdapat beberapa pengeluaran KWSP yang dibenarkan pada MEI dan juga pada bulan-bulan lain pula.

Kesemua pengeluaran yang dibenarkan adalah bersyarat seperti yang ditetapkan oleh pihak KWSP. Anda boleh semak pengeluaran KWSP yang dibenarkan di bawah.

PENGELUARAN UMUR 50 TAHUN

Ahli yang telah mencapai umur 50 tahun dan ke atas boleh membuat pengeluaran sebahagian ataupun kesemua simpanan Akaun 2 KWSP. Ia diberikan sebagai persediaan untuk persaraan anda.

Diberikan kepada semua ahli yang telah mencapai umur 50 tahun dan masih mempunyai simpanan Akaun 2 KWSP.

PENGELUARAN UMUR 55 TAHUN

Pengeluaran seluruh simpanan Akaun 1 dan 2 KWSP boleh dikeluarkan pada usia 55 tahun.

Umur 55 tahun adalah secara rasminya bermaksud umur persaraan dan anda sudah boleh membuat pengeluaran penuh atau secara fleksibel untuk kesemua simpanan anda.

PENGELUARAN UMUR 60 TAHUN

Pengeluaran ini merupakan lanjutan daripada pengeluaran umur 55 tahun dan ia untuk ahli yang memilih untuk melanjutkan umur persaraan dan menyambung kerja selepas umur 55 tahun.

Pada usia 60 tahun, kesemua simpanan yang terkumpul pada Akaun 55 dan Akaun Emas akan digabungkan untuk pengeluaran. Anda boleh membuat pengeluaran kesemua simpanan anda atau secara sebahagian sahaja.

PESARA BERPENCEN DAN PILIHAN

Defenisinya ialah pekerja sektor awam yang boleh membuat pengeluaran sekali sahaja sebelum umur 55 tahun setelah dibuka taraf Pekerja Berpencen.

Pekerja Berpencen adalah pekerja yang telah diletakkan dalam jawatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, yang menjelaskan pengambilan pekerja di dalam perjawatan berpencen oleh Kerajaan Malaysia/Kerajaan Negeri/badan kuasa berkanun atau tempatan.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk pengetahuan anda, terdapat 17 Pengeluaran Khas KWSP bersyarat yang anda boleh semak untuk kelayakan anda.

Setiap pengeluaran tersebut, terdapat syarat-syarat yang berbeza seperti pengeluaran-pengeluaran di atas.

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk portal rasmi KWSP.

Leave a Comment