Pengeluaran RM 10,000 KWSP Boleh Diluluskan !

 

PERTIMBANGKAN PERMINTAAN RAKYAT

Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Dusuki meminta pihak kerajaan mempertimbangkan permintaan rakyat untuk pengeluaran KWSP RM 10,000.
Tegas beliau, UMNO juga berharap agar pihak Kerajaan dapat mempertimbangkan permintaan rakyat untuk pengeluaran kali terakhir caruman wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara one-off sebanyak RM 10,000.
Asyraf turut menegaskan rakyat sedang berhadapan dengan kesempitan hidup akibat pandemik yang berlaku dan musibah banjir baru-baru ini. 
Pengeluaran KWSP ini turut sejajar dengan ketetapan Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada 27 Ogos 2021 lalu.

SIMPANAN MELEBIHI RM 10,000

Dalam kenyataan media yang lain, Datuk Asyraf Dusuki berharap agar pihak kerajaan dapat memberikan pengeluaran wang KWSP kepada rakyat yang mempunyai baki simpanan melebihi RM 10,000.

Asyraf berkata, kebenaran tersebut boleh menjadi pengeluaran KWSP kali terakhir memandangkan hampir kesemua ekonomi sudah dibuka dan pandemik pun dilihat memulih.

Beliau berharap agar pihak kerajaan memenuhi permintaan lebih 56 peratus rakyat yang masih mempunyai simpanan melebihi RM 10,000 terutamanya golongan M40 dan T20. Pengeluaran tersebut akan menjadi titik permulaan rakyat untuk kembali membina semula kehidupan termasuk pembayaran pelbagi komitmen dan tunggakan yang perlu diselesaikan secepat mungkin.


NAJIB SENTIASA MEMBAWA SUARA RAKYAT

Kini, Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyerahkan sebuah memorandum kepada Datuk Seri Najib untuk membawa suara rakyat terhadap pengeluaran wang KWSP RM 10,000.

Memorandum tersebut adalah untuk diserahkan kepada Perdana Menteri menerusi Datuk Seri Najib.

Menurut Pengerusi PPIM, terdapat pencarum yang sudah dapat pekerjaan tetapi kadar gaji yang ditawarkan dan diterima tidak seperti gaji sebelum pandemik.

Ada juga pencarum yang mahu mengeluarkan simpanan KWSP kerana mahu melunaskan pelbagai komitmen teramsuk hutang dan pinjaman.

Leave a Comment