Perhatian! Pencarum KWSP Diingatkan Berhati-hati Dengan 4 Aplikasi Ini

 

TERKINI : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui halaman facebook rasminya telah mengeluarkan satu notis kepada semua pencarum / pemegang akaun KWSP untuk berhati-hati dengan beberapa aplikasi menyerupai KWSP yang terdapat pada telefon pintar yang kini sedang tular.


Melalui tinjauan pasukan Utusan Kerjaya, aplikasi tersebut terdapat pada carian Google Play Store dan tidak ada pada Apple App Store. Ini bermakna, pengguna telefon pintar android perlu lebih berwaspada dan jangan terpedaya dengan aplikasi tersebut.

Dalam kenyataan itu KWSP turut mengingatkan bahawa aplikasi tersebut bukanlah dibangunkan oleh KWSP sebaliknya dibangunkan oleh pihak-pihak yang cuba untuk mengambil kesempatan dalam kesempitan.


SENARAI APLIKASI YANG PERLU DIELAK UNTUK DIMUAT TURUN

1. MyFund
2. i-Sinar Online (Berwarna Putih)
3. i-Sinar Online (Gambar Bendera)
4. i-Sinar Online (Kotak Berwarna Biru)

Melalui infografik yang turut disertakan pada laman rasmi KWSP itu juga mengingatkan bahawa aplikasi telefon pintar ini dibangunkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang ingin mengambil kesempatan ke atas ahli KWSP yang ingin tahu mengenai pengeluaran i-Sinar.

Secara faktanya, KWSP tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menguruskan pengeluaran KWSP untuk pihak anda. Buat masa ini tiada lagi aplikasi yang telah dibangunkan untuk meminta maklumat ahli berkenaan permohonan i-Sinar.


INI MERUPAKAN APLIKASI RASMI KWSP 




Leave a Comment