Perkara Wajib Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Pengeluaran Khas KWSP RM 10000

 

Perkara Wajib Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Pengeluaran Khas KWSP RM 10000

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pelaksanaan pengeluaran khas wang KWSP RM 10,000. Perkara tersebut adalah sangat ditunggu-tunggu oleh rakyat setelah pelbagai cara dilakukan seperti penyerahan memorandum, petisyen dan lain-lain.

Menurut Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, butiran terperinci pengeluaran khas KWSP RM 10,000 akan diumumkan oleh pihak KWSP dalam masa terdekat.

Berikut adalah perkara wajib yang anda perlu tahu mengenai Pengeluaran Khas KWSP RM 10,000.

SYARAT KELAYAKAN

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengeluarkan sebuah hantaran melalui laman media massa tentang informasi ringkas berkenaan Pengeluaran Khas.

Berikut adalah butiran syarat kelayakan yang ditetapkan

1. Pengeluaran Khas terbuka kepada ahli KWSP yang berumur di bawah 55 tahun.

2. Pembayaran akan menggunakan baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, simpanan Akaun 1 turut boleh digunakan.

Buat masa sekarang, tiada lagi informasi sama ada Pengeluaran Khas ini bersifat sekali bayar atau secara bulanan seperti i-Citra lepas.

JUMLAH PENGELUARAN

Pengeluaran minimum adalah RM 50 dan maksimum RM 10,000 untuk setiap pencarum.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan Pengeluaran Khas KWSP ini akan dibuka bermula 1 April sehingga 30 April 2020 ini.

TARIKH BAYARAN

Manakala, tarikh bayaran pertama bermula pada 20 April 2022 bergantung kepada tarikh permohonan anda.

PENGELUARAN KWSP RM 10,000 DILULUSKAN

Perdana Menteri mengumumkan bahawa pengeluaran khas KWSP berjumlah RM 10,000 diluluskan.

Menurut beliau, ia merupakan perkara yang susah diluluskan kerana ia merupakan simpanan hari tua dan beharap menggunakan duit tersebut jika benar-benar perlu sahaja.

Bagaimanapun, maklumat lanjut akan diperincikan oleh KWSP dan Kementerian Kewangan.

MERUPAKAN KEPUTUSAN YANG SUKAR

Ismail Sabri berkata, ini merupakan keputusan yang sukar yang terpaksa dibuat oleh kerajaan memandangkan KWSP melibatkan simpanan hari tua rakyat.

Namun begitu, beliau menjelaskan kerajaan sedia maklum pengeluaran khas ini adalah antara jalan tengah dan mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

2 thoughts on “Perkara Wajib Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Pengeluaran Khas KWSP RM 10000”

Leave a Comment