Permohonan Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) Mulai 1 April

 

Ramai yang masih berpendapat bahawa GKP merupakan bantuan yang lebih kurang seperti BPN & BPR. Perkara ini telah menunjukkan bahawa masih ramai lagi yang masih bingung serta tidak tahu mengenai GKP ini.

Untuk makluman anda semua, GKP ialah bantuan kewangan secara ‘one-off’ yang diberikan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan akibat pandemik Covid-19 disamping meningkatkan produktiviti pengeluaran serta perkhidmatan.


Geran Khas Prihatin (GKP) 1.0 & 2.0 ini telah dilaksanakan pada tahun 2020.

Jumlah Bantuan Bakal Diterima?
  • Bantuan sebanyak RM1,000 dibayar secara ‘one-off’.
Semak Status Kelayakan


Info yang akan dikongsikan merupakan syarat kelayakan untuk memohon GKP 3.0, sila baca dengan penuh teliti
  1. Bukan penerima GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP Rayuan.
  2. Merupakan pemohon baru.
  3. Merupakan Warganegara Malaysia.
  4. Mempunyai jumlah perolehan tahunan kurang dari RM300,000 dalam menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana.
  5. Wajib berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  6. Masih lagi aktif menjalankan perniagaan.
  7. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik dengan MOF.
Tarikh Permohonan GKP 3.0
  • Permohonan boleh dibuat mulai 1 April 2020.
Cara Nak Mohon GKP?
  • Anda boleh layari portal rasmi GKP di https://gkp.hasil.gov.my/, bermula 1 April 2021.
  • Permohonan secara manual tidak dibuka, semuanya perlu dilakukan secara online.

Leave a Comment