Permohonan i-Sinar Online KWSP Akaun 1 Login Sedang Dikemaskini

Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan pengeluaran akaun 1 KWSP dibenarkan bagi semua pencarum. Sama ada pencarum yang aktif ataupun tidak.

Pengeluaran dibenarkan bagi KWSP akaun 1 adalah sehingga RM60,000. Manakala bagi kategori lain pula pengeluaran adalah sehingga RM10,000. Namun, ianya bergantung pada baki yang terdapat di dalam akaun 1 pencarum.

Permohonan pengeluaran akaun 1 ini akan diuruskan oleh medium khas yang dikenali sebagai i-Sinar Online.

Baca Juga : Rujuk Panduan Lengkap Permohonan i-Sinar KWSP Online Menggunakan i-Akaun Dan Portal i-Sinar Di Sini


Melalui portal i-Sinar ini, para pencarum boleh membuat permohonan dan juga menyemak status permohonan anda.

Walau bagaimanapun, setakat ini, portal ini masih belum dilancarkan lagi. Ianya akan tersedia untuk kegunaan umum pada pertengahan bulan Disember 2020.

Sebelum ini, hanya 2 juta sahaja yang layak memohon. Kini ianya diperluas kepada 8 Juta pencarum.

Pencarum KWSP boleh memohon secara online, ataupun boleh terus kunjungi mana-mana cawangan KWSP berhampiran rumah anda.


PERMOHONAN i-SINAR KWSP ONLINE


Anda boleh mengakses permohonan i-Sinar melalui pautan ini: https://isinar.kwsp.gov.my


1. Soalan Lazim

  • Bila agak-agak i-Sinar dibuka?

2. Pertengahan disember 2020

  • Perlu buat online ke?
  • Ya. Permohonan dibuat secara online.

3. Semua orang layak ke walaupun tak aktif?

  • Semua pencarum layak menerima kemudahan ini.

4. Bila duit akan masuk selepas permohonan lulus?

  • Bermula Januari 2021.
Sumber : portalsemakan

Leave a Comment