Permohonan Pengeluaran Wang Akaun 1 KWSP Bagi Kategori 1 Dibuka Hari Ini (21 Disember 2020) – Mohon Segera!

Berita baik kepada seluruh rakyat Malaysia, permohonan baharu i-Sinar bagi kategori 1 telah dibuka secara rasmi bermula 21 Disember 2020.


Baca Juga : Panduan Permohonan & Semakan i-Lestari KWSP RM500 Sebulan – 3 Perkara Yang Perlu Anda Ketahui Sebelum Memohon

SIAPAKAH DALAM GOLONGAN KATEGORI 1?

Mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.


Kriteria bagi Kategori 1 adalah seperti berikut:

  1. Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
  2. Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020.Bagi kategori ini:
  • Tiada dokumen sokongan diperlukan;
  • Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP;
  • Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.
CARA PERMOHONAN PENGELUARAN WANG SIMPANAN KWSP AKAUN 1

Berikut dikongsikan kaedah permohonan pengeluaran wang KSWP dari akaun 1


1. Sila layari portal rasmi i-Sinar di https://isinar.kwsp.gov.my/
2. Klik pada pautan PERMOHONAN i-SINAR
3. Lengkapkan maklumat yang diminta seperti (nombor telefon terkini,nama bank,nombor akaun terkini)
4. Tidak perlu memuat naik dokumen sokongan
5. Sila semak dengan teliti sebelum membuat pengesahan
6. Klik pautan HANTAR

  • EPF menjangkakan ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon bermula 21 Disember 2020 (Kategori 1) dengan pembayaran pertama sebulan selepas permohonan diluluskan.
  • Permohonan akan dibuka selama 6 bulan bermula hari ini (21 Disember 2020).
  • Untuk memastikan kelancaran urusan permohonan i-Sinar, sila pastikan anda telah mendaftar i-Akaun, nombor telefon bimbit telah dikemaskini serta akaun bank milik anda adalah AKTIF
SEMAKAN STATUS PENGELUARAN

Tiada pengumuman rasmi cara untuk melakukan semakan ke atas permohonan pengeluaran. Namun pihak KWSP akan memaklumkan kepada pemohon bahagian ‘status application’ selepas 2-3 minggu permohonan dihantar.


MAKLUMAT DAN PERTANYAAN LANJUT

Jika ada pertanyaan tentang i-Sinar,Sila hubungi TALIAN TELEFON i-SINAR – 0389224848 dibuka 8 pagi- 8 malam.

Sila layari portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home

Lawati Facebook rasmi KWSP untuk makluman terkini : https://www.facebook.com/KWSPMalaysia/

Leave a Comment