Portal eKasih : Cara Daftar Permohonan Baru & Semakan eKasih Online

 


APAKAH SISTEM eKASIH?


Sistem Ekasih adalah salah satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang mewujudkan diperingkat kebangsaan untuk merancang , melaksana dan memantau program kemiskinan ole Uunit ICU daripada Jabatan Perdana Menteri.

Bank Data Kemiskinan Nasional eKasih juga mempunyai maklumat berkaitan kemiskinan bermula daripada profil individu / bantuan yang akan di terima ole Ketua rumah Isu Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi yang melakukan menyalurkan bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program.

Komponen data Ekasih terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) serta Ahli Isi Rumah (AIR) , maklumat lokasi , Kediaman , Pendidikan , Pemilik Harta , Kesihatan , Kemahiran dan Pekerjaan .

Sistem eKasih ini juga digunakan pakai oleh kementerian / agensi yang akan memberi bantuan melalui program – program pembasmian kemiskinan.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Berikut adalah syarat untuk memohon bantuan eKasih 

  • Warganegara Malaysia
  • Isi rumah yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

4 punca pendapatan utama adalah seperti dinyatakan

  • Bekerja sendiri
  • Pendapatan daripada harta dan pelaburan
  • Pindah semasa diterima
  • Pekerjaan bergaji

Nota : Isi rumah juga boleh dapat mempunyai lebih daripada seorang penerima pendapatan dan pendapatan yang diterima boleh diperoleh daripada pelbagai punca.

PENDAFTARAN BARU eKASIH


2 cara untuk mendaftar bantuan eKasih :

  • Rujuk Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN)
  • Melalui emel rasmi . telefon atau surat dan membuat laporan kemiskinan kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) . Pemimpin Tempatan dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

4 Status Daftar eKasih :

  • Disahkan : Sedang dibanci
  • Disemak : Dalam process banci
  • Ditolak : Tidak layak dibanci
  • Baru / Daftar Terbuka : Membuat permohonan baru

SEMAKAN eKASIH


Sekirannya anda telah membuat permohonan baru dan jika ingin membaut semakan anda boleh ke pautan berikut :

Seterusnya anda perlu memasukkan nombor kad pengenalan anda dan “klik untuk cari’

Maklumat Lanjut
Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran dan semakan berkaitan eKasih . anda boleh layari pautan tersebut :

Semoga perkongsiaan ini bermakna untuk anda mendaftar permohonan eKasih dengan tepat serta dapat membuat semakan eKasih.

Leave a Comment