Rasmi : Bantuan Khas Aidilfitri RM 700 Dibayar Pada 17 April

Berita baik, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2023 akan dikreditkan pada 17 April ini. Semak kelayakan anda di bawah.

Pada tahun 2023 ini, pelbagai jenis bantuan kerajaan yang diberikan kepada rakyat yang layak berdasarkan kategori masing-masing. Salah satunya adalah bantuan kewangan Aidilfitri 2023.

BANTUAN KHAS AIDILFITRI 2023

Sebuah bantuan yang akan diberikan kepada rakyat yang layak bertujuan untuk persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri 2023 ini.

Bantuan khas ini telah dibentangkan pada Bajet 2023 lepas dan menurut Perdana Menteri bantuan tersebut adalah untuk menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam.

“Kerajaan silih bergantu, pemimpin negara kerap bertukar tetapi penjawat awam sebagai tulang belakang kerajaan setia menggalas amanah negara,” jelas beliau.

SYARAT KELAYAKAN

Terdapat 2 kategori penerima bantuan dengan amaun pembayaran yang berbeza.

Kategori 1

  • Layak kepada semua penjawat awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak

Kategori 2

  • Pesara kerajaan atau veteran turut layak terima bantuan Aidilfitri

JUMLAH BANTUAN

Bagi kategori 1 iaitu penjawat awam Gred 56 dan ke bawah akan terima pembayaran bantuan berjumlah

  • RM 700 seorang

Untuk kategori 2 pula iaitu pesara kerajaan akan terima bantuan kewangan

  • RM 350 seorang

TARIKH BAYARAN

Secara rasmi, bayaran bantuan RM 700 dan RM 350 ini akan dikreditkan pada 17 April depan. Perkara tersebut dimaklumkan menerusi Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh 23 Mac 2023.

Pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun penerima. Permohonan tidak diperlukan setakat ini.

Leave a Comment