Rasmi : Bantuan Tambahan MyKasih RM600 Untuk Bujang

Sebuah Bantuan Tambahan atau lebih dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 hingga RM600 akan dibayar Februari ini. Golongan bujang turut tidak dipinggirkan daripada menerima bantuan SARA ini. Oleh itu, bujang yang layak akan menerima bantuan SARA RM600 seorang.

Bantuan yang akan dilaksanakan secara berperingkat ini dinaikkan kepada RM1,200 berbanding RM600 tahun lalu.

PENAMBAHAN KATEGORI YANG LAYAK

Jika sebelum ini program SARA ini hanya akan diberikan kepada golongan miskin tegar tetapi bagi SARA 2024 golongan miskin turut bakal menerima bantuan berkenaan.

Selain itu, penggunaan kredit program SARA sebelum ini hanya untuk makanan asas tetapi bagi 2024 ia telah diperluaskan kepada

  1. makanan asas
  2. barangan kebersihan diri
  3. ubat-ubatan
  4. peralatan persekolahan

TARIKH BAYARAN

Kementerian Kewangan menjelaskan pelaksanaan SARA akan bermula 22 Januari ini bagi penerima Semenanjung Malaysia manakala penyaluran bantuan tunai untuk penerima di Sabah, Sarawak dan Labuan bermula 19 Februari.

MYKASIH BUJANG

Bagi bujang yang layak dan menetap di Semenanjung, bayaran bulanan adalah RM50 dan dibayar melalui kredit.

Sekiranya penerima merupakan rakyat negeri Sabah, Sarawak serta Labuan, penerima tersebut akan menerima bayaran secara tunai dan bukannya secara kredit. Sila rujuk tarikh bayaran di bawah.

BANTUAN SARA BAGI NEGERI SABAH, SARAWAK DAN LABUAN

Jika di Semenanjung bantuan SARA adalah berbentuk kredit manakala bagi tiga negeri ini, bantuan SARA adalah berbentuk WANG TUNAI yang boleh di tebus melalui Bank Simpanan Nasional pada 19 Februari.

Bayaran akan dibuat sebanyak 2 kali setahun dan jumlah bayaran adalah berbeza mengikut kategori.

Isi Rumah / Warga Emas Tiada Pasangan

  • RM 600 (19 Februari)
  • RM 600 (12 Ogos)

Bujang

  • RM 300 (19 Februari)
  • RM 300 (12 Ogos)

SEMAKAN KELAYAKAN

Kelayakan untuk menerima bantuan SARA adalah berasaskan status kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih iaitu data rujukan kementerian dan agensi kerajaan.

Leave a Comment