Semakan Rayuan GKP 2.0 Bermula 4 Februari

 

Untuk pengetahuan anda, keputusan permohonan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) telah dibuka pada 27 November 2020. Manakala, bagi pembayaran (bukan rayuan) secara berperingkat telah bermula pada 30 November 2020.


Ketika semakan keputusan permohonan GKP 2.0 dilakukan, ramai peniaga yang telah berjaya diluluskan namun ramai juga yang gagal dalam permohonan tersebut. Rata-rata peniaga yang tidak lulus permohonannya mendapat alasan KOD 04.

Oleh itu, Kemeterian Kewangan telah membuka semula rayuan Geran Khas Prihatin 2.0

TARIKH RAYUAN GKP 2.0

Untuk pengetahuan umum, permohonan rayuan GKP 2.0 telah pun dibuka bermula
  • Pada 7 Disember sehingga 21 Disember 2020 yang lalu.
Permohonan yang dibuka selama 2 minggu ini telah diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul pada petang 1 Disember 2020.

Hanya pemohon yang layak sahaja akan diluluskan seperti memiliki Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan lain-lain.

Mohon juga Bantuan RM480 i-Suri KWSP👇

TARIKH SEMAKAN RAYUAN GKP 2.0

Kementerian Kewangan menerusi Menteri Kewangan iaitu  Tengku Zafrul telah mengeluarkan kenyataan bahawa semakan rayuan GKP 2.0 yang telah dibuka sehingga 21 Disember lalu boleh dibuat bermula:
  • 4 Februari 2020 (Khamis)
CARA MEMBUAT SEMAKAN

Berikut dikongsikan cara membuat semakan👇
  1. Anda perlu layari portal rasmi GKP https://gkp.hasil.gov.my/
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda.
  3. Selesai, anda boleh mula semak keputusan anda sama ada lulus atau tidak.


Leave a Comment