Senarai Contoh Golongan Pekerja Yang Layak Menerima Kategori 1 i-Sinar KWSP ~ Wajib Anda Tahu

 

Baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah berkongsi infografik kepada rakyat Malaysia berkaitan contoh-contoh bakal penerima kategori 1 i-Sinar iaitu kelulusan secara automatik skim i-Sinar KWSP melalui akaun Facebook rasmi mereka.


Kami dari Utusan Kerjaya ingin berkongsi kepada anda infografik contoh-contoh penerima Kategori 1 i-Sinar.

1. PENGUSAHA KANTIN

Kelayakan Permohonan :
  • Kali Terakhir Mencarum MEI 2017

2. PEMANDU PELANCONG

Kelayakan Permohonan :
  • Tidak Mencarum Sejak Awal 2020

3. MEKANIK PESAWAT

Kelayakan Permohonan :
  • Tidak Mencarum Sejak Diberhentikan Kerja

4. PEREKA GRAFIK KONTRAK

Kelayakan Permohonan :
  • 1/2 Gaji dipotong
  • Masih Mencarum

5. EKSEKUTIF KONTRAK

Kelayakan Permohonan :
  • Diberikan Cuti Tanpa Gaji Selama 2 Hari Seminggu
  • Masih Mencarum

6. PENGURUS ACARA

Kelayakan Permohonan :
  • Hilang Pendapatan Utama
  • Tidak Mencarum Selepas Mac 2020

7. PEKERJA PAWAGAM

Kelayakan Permohonan :
  • Diberikan Cuti Tanpa Gaji
  • Caruman Terakhir Mei 2020

8. PEMBANTU KEDAI MAKAN

Kelayakan Permohonan :
  • Gaji Dipotong Separuh Oleh Majikan
  • Masih Aktif Mencarum

9. PEMILIK BUTIK FESYEN

Kelayakan Permohonan :
  • Pendapatan Terjejas Ketara
  • Mencarum Secara Sukarela

10. PEKERJA HOTEL

Kelayakan Permohonan :
  • Diberhentikan Sejak Bulan Mei 2020
  • Selama 6 Bulan Tidak Mencarum


11. PEMAIN MUZIK MAJLIS

Kelayakan Permohonan :
  • Tiada Majlis Akibat PKP
  • Selama 3 Tahun Tidak Mencarum

12. KREW FILEM

Kelayakan Permohonan :
  • Pendapatan Mengikut Projek
  • 3 Tahun Tidak Mencarum

13. SURI RUMAH

Kelayakan Permohonan :
  • Menjual Kuih Dalam Talian
  • 8 Tahun Tidak Mencarum

14. PEMANDU BAS SEKOLAH

Kelayakan Permohonan :
  • Hilang Sumber Pendapatan
  • 9 Bulan Tidak Mencarum

15. PEMBANTU TADIKA

Kelayakan Permohonan :
  • Gaji Harian Secara Tunai
  • 10 Bulan Tidak Mencarum

16. PETUGAS MEDIA

Kelayakan Permohonan :
  • Mengambil Skim Berhenti Sukarela (VSS)
  • Tidak Mencarum Sejak Oktober 2019

Infografik yang telah dikongsikan ini merupakan contoh senarai bakal penerima i-Sinar KWSP Kategori 1. Selagi kelayakan anda memenuhi syarat dan kriteria kelayakan kaetori 1, anda boleh untuk memohon skim i-Sinar KWSP bermula 21 Disember nanti. 


Sumber Rujukan : Facebook Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP)

Leave a Comment