Senarai Pengeluaran KWSP Yang Diluluskan 2023

Di dalam skim KWSP, terdapat pelbagai jenis pengeluaran yang pencarum boleh dapat. Ini adalah senarai pengeluaran KWSP yang diluluskan bagi tahun 2023.

PENGELUARAN KWSP YANG DILULUSKAN

Terdapat pelbagai jenis pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP tetapi ia bergantung dengan syarat masing-masing. Pihak KWSP telah sediakan beberapa skim pengeluaran untuk para pencarum tetapi mengikut kriteria yang dikehendaki sahaja.

Termasuklah pengeluaran yang dibenarkan hanyalah menggunakan simpanan Akaun 2 KWSP sahaja.

PENGELUARAN UNTUK PENDIDIKAN

Pengeluaran untuk pendidik turut dibenarkan. Sebagai contoh pembayaran yuran kolej atau universiti diri sendiri atau anak.

Sekiranya anda mempunyai anak yang masih belajar di Universiti atau Koleh, anda boleh menampung pembayaran yuran mereka dengan menggunakan simpanan KWSP.

PEMBAYARAN RAWATAN PERUBATAN

Sekiranya anda hidapi di antara 36 jenis penyakit kritikal, anda turut boleh keluarkan wang Akaun 2 KWSP untuk menampung kos perubatan atau alat kesihatan.

https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals/partial/health

PEMBAYARAN IBADAH HAJI – AGAMA ISLAM

Bagi yang beragama Islam, anda turut dibenarkan menggunakan wang simpanan KWSP untuk pembiayaan ibadah haji. Ia bertujuan untuk kurangkan bebanan kos.

Pengeluaran wang KWSP adalah melalui permohonan untuk perbelanjaan haji dan tabung daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji.

PEMBELIAN RUMAH

Anda turut boleh membuat pengeluaran untuk pembiayaan rumah. Sekiranya anda bercadang untuk membeli sebuah rumah, pihak KWSP turut sediakan kemudahan terbabit.

Ia sah selagi pembelian rumah anda adalah melalui

  1. Pembinaan rumah sendiri
  2. Pembelian RMM Rumah Mesra Rakyat
  3. Pembelian Rumah Lelong
  4. Rumah subsale

Leave a Comment